Pameran Bertema (Kitar Semula) |
Pihak sekolah juga telah menganjurkan program ini dengan menjalankan aktiviti kitar semula barang-barang seperti kertas terpakai, surat khabar lama, botol-botol plastik, tin dan sebagainya. Pihak Pusat Sumber juga tidak melepaskan peluang dengan mengambil bahagian dalam program kitar semula tersebut. Akhbar-akhbar dan buku-buku lama yang tidak lagi sesuai untuk dibaca di perpustakaan juga turut dijual bagi mendapat hasil untuk membeli buku-buku yang baru. Program kitar semula ini juga disertai oleh para guru, para pelajar, dan staf-staf sokongan. Pihak sekolah juga menjalankan pertandingan mengumpul bahan kitar semula terbanyak. Pertandingan ini telah dijalankan mengikut kelas dan pengumpul terbanyak akan diberikan ganjaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA KOMEN DI SINI...