Rabu, September 26

MERDEKA RAYA

Tema bagi bulan Ogos 2012 adalah Merdeka Raya. Perpustakaan Smap Labu telah mengadakan pameran yang menarik bagi bulan tersebut. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan bagi menyerikan lagi bulan merdeka seperti pertandingan buku skrap merdeka dan sebagainya.





LITERASI MAKLUMAT

Pada 15 September 2012, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah menghantar satu kumpulan untuk menyertai program literasi maklumat yang telah diadakan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Alhamdulillah, program tersebut telah berjalan lancar dan kumpulan kami telah meraih beberapa kejayaan seperti tempat ketiga dalam pertandingan Wacana Ilmu dan Kuiz bagi pelajar menengah rendah. Tahniah diucapkan Ana Nuhanis bt Azhar dan Ahmad Muzaffar b Abdul Rahim yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.


















  

Selasa, September 25

HARI RAYA AIDILFITRI

Pada tarikh 7 September 2012, pusat sumber SMA Persekutuan Labu telah mengadakan jamuan akhir tahun sekaligus jamuan Hari Raya Aidilfitri 2012. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan pertukaran  Pn Wan Norhana bt Wan Arshad sebagai seorang pensyarah di IPG. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi PSS 2012 seterusnya ucapan perpisahan daripada Puan Wan Norhana binti Wan Arshad. Akhir sekali, sebagai acara kemuncak, majlis menjemput Cik Hajah Masniza binti Mohd Mustaza memberikan ucapan sebagai Guru Perpustakaan dan Media SMAP Labu menggantikan Puan Wan Norhana. Kata-kata beliau iaitu "bekerjalah bersama saya, dan bukan bekerja bersama saya" menjadi satu suntikan serta dorongan kepada semua warga PSS untuk terus bersama berganding bahu utuk meneruskan kecemerlangan PSS.:)



























 

AMBANG MERDEKA

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah mengadakan malam ambang merdeka bagi menyambut kemerdekaan yang ke 55 bagi tahun 2012. Majlis ini telah berjalan pada 30 Ogos 2012 jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan pelbagai pertandingan dan persembahan yang menarik. Pihak pusat sumber juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi program galakan bulan Ogos dan pertandingan buku skrap merdeka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.