Pengenalan
Akhbar tempatan pernah menyatakan bahawa rakyat Malaysia kurang membaca. Penyataan ini juga dipersetujui sendiri oleh Menteri Pelajaran ketika itu. Kajian yang telah dijalankan mengkonklusikan bahawa hanya dua muka surat sahaja yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam masa setahun.Fenomena ini tidak seharusnya terjadi memandangkan malaysia sedang mengorak langkah menuju ke arah nagara membangun sejajar dengan 'WAWASAN 2020' yang akan menjelma tidak lama lagi.
Berikutan itu, kita haruslah mengorak langkah untuk memastikan warga SMAP Labu yang merupakan rakyat Malaysia khususnya pelajar didedahkan sebanyak mungkin dengan bahan bacaan ilmiah yang merangkumi fiksyen dan bukan fiksyen.Langkah ini perlu untuk menjadikan warga SMAP Labu menjadi individu yang berpengetahuan luas dalam pelbagai aspek.
Seiring dengan kehendak Program NILAM yang ingin membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar, program ini dijalankan hasil gandingan pihak program NILAM dengan pihak Perpustakaan sekolah. Diharapkan agar dengan berjalannya program ini, warga SMAP Labu akan menerapkan budaya membaca ini sebagai gaya hidup mereka.
Objektif program ini adalah ;
- Menggalakkan seluruh warga SMAPL membaca.
- Memberi kesedaran kepada mereka tentang kebaikan membaca
- Meningkatkan penguasaan membaca dan teknik penulisan kepada pelajar
Tarikh Pelancaran : 1 Februari 2010 ( Isnin) Lihat Lampiran 1
Tarikh Pelaksanaan : 1 Februari 2010- 30 Oktober 2010
Ahli Jawatankuasa Program GAM
Penasihat : Pn Hjh Radziah bt Abdul Samad (Pengetua Cemerlang)
Pengerusi : Tn Syed Dzulkarnain b Syed Nordin (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En Abdull Samat b Othman (PK HEM)
Cik Sharizan bt Sheikh Osman (PK Kokurikulum)
Pn Enkresnawati bt Nadzir (PK Tingkatan 6)
Penyelaras Program : Pn Wan Norhana bt Wan Arshad ( Penyelaras Pusat Sumber)
Ahli Panel : Pn Halayna bt Gapor (Guru Program NILAM)
Cik Siti Anisah bt Kassim (Pembantu Perpustakaan)
Cik Adoryza bt Mohd Nasir (AJK Hadiah)
Semua guru Jabatan Bahasa
Semua guru Tingkatan
Pengawas PSS Program NILAM
Aktiviti sepanjang Program GAM:
1. Harian : Prep Petang Perpustakaan (3P) Contoh Jadual Lihat Lampiran 2
Masa : 3.00 ptg – 4.50 ptg
Hari : ( Isnin, Selasa dan Khamis – minggu 1, 2, 4 dan 5)
Hari : ( Selasa, Rabu, Khamis . minggu 3)
2. Mingguan : Ulasan Buku/ Book Review (Lihat Lampiran 1)
Masa : Semasa perhimpunan pagi
Hari : Selasa dan Khamis
3. Bulanan : Pertandingan Bulanan
a. Pembaca terbanyak pelajar (Menengah Rendah dan Menengah Atas )
- Ulatbuku Emas
- Ulatbuku Perak
- Ulatbuku Gangsa
b. Pembaca terbanyak warga SMAP ( setiap bulan)
- Warga Emas
- Warga Perak
- Warga Gangsa
4. Setiap 3 bulan : (Bulan Feb – April, Bulan Mei – Julai, Bulan Ogos- Oktober)
a. Rumah Pembaca Terbanyak
- Rumah Emas
- Rumah Perak
- Rumah Gangsa
Anggaran Perbelanjaan : Lihat Lampiran 3
Penutup:
Adalah diharapkan kertas cadangan program GAM ini mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak sekolah dan PIBG. Semoga semua warga SMAP Labu khususnya para pelajar sekolah ini akan mendapat manfaat daripada aktiviti yang telah dirancang.
Disediakan oleh:
PN WAN NORHANA WAN ARSHAD
GPM SMAPLABU