Khamis, Oktober 14

Taklimat Pengawas Pusat Sumber sesi 2010/2011

       Taklimat ringkas kepada Pengawas PSS SMAP Labu telah diadakan pada 12 Oktober 2010 di PSS. Di antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai pelantikan AJK baru, Ahli Exco PSS, Jamuan Akhir Tahun, pakaian seragam PSS, yuran tahunan, aktiviti dan sebagainya. Seramai 22 orang Pengawas PSS telah hadir. Namun, sebilangan pengawas PSS tidak dapat hadir kerana terlibat denga jadual waktu anjal dan kelas petang.

Penutupan Program Galakan Membaca (GAM) 2010

       Penutupan Program GAM akan dilaksanakan pada Hari Kokurikulum sekolah bersamaan 10 November 2010. Para pemenang yang menjadi Johan Pembaca Terbanyak dan Anugerah kreatif setiap bulan akan menerima sijil penghargaan daripada PSS SMAPL. Program ini telah membuka mata warga SMAP Labu untuk berkunjung ke PSS dan meminjam buku-buku di PSS untuk di baca. Besar kemungkinan Program GAM ini akan diteruskan pada tahun depan dengan kepelbagaian aktiviti. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!

Rabu, Ogos 25

Penggredan Pusat Sumber dari Pusat Kegiatan Guru, Nilai

       Pada 23 Ogos 2010. En Muhamad  Rizal b Ariffin , Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Nilai telah datang ke SM Agama Persekutuan Labu untuk pengredan Pusat Sumber 2010. Keputusan pengredan tersebut hanya akan diketahui selepas pentarafan PSS dilakukan oleh Jawatankuasa Pentarafan Peringkat Negeri yang akan diadakan mulai 27 September sehingga 8 Oktober 2010. Adalah diharapkan semoga SMAP Labu akan berjaya mengekalkan pangkat 'A' sekali lagi pada tahun ini.

Latihan guru-guru pratikal dari Institiut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA)

Seramai 4 orang guru pratikal dari IPBA telah datang ke SMAP Labu pada 19  hingga 23 Julai 2010. Mereka telah berkunjung ke Pusat Sumber dan menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi rujukan dan mereka telah  mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama daripada pihak kami.

Rabu, Ogos 11

Penggredan Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Nilai 2010

        Penggredan Pusat Sumber Sekolah ahli PKG Nilai 2010 sedang dijalankan pada bulan Ogos ini. SMAP Labu akan menerima rombongan penggredan yang diketuai oleh En Rizal b Ariffin, Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG, Nilai pada 23 Ogos 2010. PSS SMAP Labu mengucapkan Selamat Berjaya kepada GPM dan para guru yang bertanggungjawab kepada bilik-bilik dan program di bawah PSS.

Isnin, Ogos 2

Pemenang Program Galakan Membaca (GAM) Bulan Julai

Seramai 11 orang pemenang terlibat dalam Program GAM Bulan Julai 2010.Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pengetua Cemerlang Pn Hjh. Radziah bt Abdul Samad pada
2 Ogos 2010 semasa perhimpunan rasmi pagi . Di Dewan Seri Bestari SMAP Labu. Hadiah wang tunai pada rumah pembaca terbanyak telah ditaja oleh Koperasi SMAP Labu.Pn Eshah bt Embi, Ketua Bidang Kemanuasiaan merupakan Johan bagi kategori guru manakala Pn Norafidah bt Omar untuk kategori staf sokongon. Bagi anugerah kreatif,  telah disandang oleh Pn Rahayu Kandar. Untuk kategori menengah atas, johan adalah Mohamad Nazrin bin Abdul Rahman dari tingkatan 4B dan untuk menengah rendah telah dimenangi oleh Balqis bt  Mohd  Badawi, 3 Batani. Rumah Umar telah menjuarai kategori rumah Pembaca Terbanyak pada 3 bulan berturut turut iaitu pada bulan  Mei, Jun dan Julai 2010

Lawatan Sambil Belajar dari SMA Daeratul Ma'arifil Wataniah 1, P Pinang

PSS SMAP Labu telah dikunjungi seramai 20 orang pelajar dari SMA Daeratul Ma'arifil Wataniah 1 Pulau Pinang. Pelajar tersebut datang ke SMAP Labu sebagai lawatan sambil belajar.

Tokoh Nilam Peringkat Seremban 2010

Pemilihan Tokoh Nilam  2010 peringkat  daerah Seremban telah diadakan pada hari Khamis 29 Julai 2010 di Pusat Kegiatan Guru,  SK Mantin. Seramai 12 buah sekolah menengah dan rendah bandar dan luar bandar telah menghantar wakil. SMAP Labu telah menghantar Najihan Thuraiya bt Muhamadul Bakir sebagai wakil Tokoh Nilam diiringi oleh Penyelaras Program Nilam, Pn Halayna bt Gapor. Beliau telah berjaya mendapat Naib Johan setelah melalui sesi penulisan dan temuduga. Tahniah kepada Najihan Thuraiya! Semoga kejayaan beliau menjadi perangsang kepada pelajar lain untuk terus membaca!

Isnin, Julai 26

Pemantauan Pusat Sumber dan Pemilihan Tokoh Nilam SMAP Labu

Pusat sumber sekolah telah dikunjungi oleh Encik Muhamad Rizal Ariffin,pegawai di PKG ,Nilai pada 26 Julai 2010 sebagai Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Dan Pemilihan Tokoh Nilam.Beliau telah menemu bual saudari Najihan Thuraiya bt Muhammadul Bakir sebagai satu-satunya calon Tokoh Nilam  SMAPL

Jumaat, Julai 23

Lawatan Jemaah Nazir ke Pusat Sumber sekolah

Rombongan jemaah nazir telah hadir ke SMAP Labu pada 21/7/2010 untuk pemilihan sekolah berprestasi tinggi. Rombongan tersebut telah diketuai oleh En Zulkifli b Nordin. Beliau telah berkunjung ke Pusat Sumber SMAP Labu dan berpuas hati dengan pameran Khazanah Warisan Kita dan Program Galakan Membaca anjuran PSS SMAP Labu. Beliau juga telah mencadangkan supaya Program GAM menghadiahkan sebuah basikal kepada seorang pembaca terbanyak sebagai hadiah tahunan dan graf bulanan bilangan pembaca buku Pusat Sumber disediakan.

Pencalonan Tokoh Nilam 2010

Seorang pelajar puteri tingkatan 4, Najihan Thuraya bt Muhamad Bakir telah dicalonkan sebagai wakil bagi Tokoh NILAM 2010. Beliau telah dipilih kerana mempunyai minat membaca yang mendalam serta merupakan seorang pembahas Bahasa Inggeris yang berkaliber. Najihan juga adalah seorang pelajar yang berdedikasi dan berdayasaing. Pelajar ini juga merupakan pelajar cemerlang SMAP kerana beliau telah berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR 2009.

Isnin, Julai 19

Kursus Pembinaan Blog Pusat Sumber 2010

Kursus dan bengkel pembinaan blog Pusat sumber telah diadakan pada 15 dan 19 Julai 2010. Kursus anjuran BTPNNS dan PKG Nilai ini telah diadakan di PKG, Nilai bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Seramai 32 orang guru dari 32 sekolah dibawah pengawasan PKG, Nilai telah hadir. Kursus ini telah membuka mata para guru terutamanya GPM cara-cara bagaimana blog boleh dibina. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang amat berguna terutamanya dalam mempromosikan Pusat Sumber Sekolah

Ahad, Julai 18

Berita Terkini (2010)
Program Galakan Membaca (GAM)


Program ini merupakan program yang pada julung-julung kali di adakan di SMAP Labu hasil kerjasama program NILAM dan pihak perpustakaan. Program GAM ini merupakan program yang diperkenalakan oleh GPM SMAP Labu. Program ini telah dilancarkan oleh Pengetua Cemerlang SMAP Labu pada 1 Feb 2010 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2010.

Untuk maklumat lanjut klik di 'navigation' GAM.