Isnin, Julai 26

Pemantauan Pusat Sumber dan Pemilihan Tokoh Nilam SMAP Labu

Pusat sumber sekolah telah dikunjungi oleh Encik Muhamad Rizal Ariffin,pegawai di PKG ,Nilai pada 26 Julai 2010 sebagai Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Dan Pemilihan Tokoh Nilam.Beliau telah menemu bual saudari Najihan Thuraiya bt Muhammadul Bakir sebagai satu-satunya calon Tokoh Nilam  SMAPL

Jumaat, Julai 23

Lawatan Jemaah Nazir ke Pusat Sumber sekolah

Rombongan jemaah nazir telah hadir ke SMAP Labu pada 21/7/2010 untuk pemilihan sekolah berprestasi tinggi. Rombongan tersebut telah diketuai oleh En Zulkifli b Nordin. Beliau telah berkunjung ke Pusat Sumber SMAP Labu dan berpuas hati dengan pameran Khazanah Warisan Kita dan Program Galakan Membaca anjuran PSS SMAP Labu. Beliau juga telah mencadangkan supaya Program GAM menghadiahkan sebuah basikal kepada seorang pembaca terbanyak sebagai hadiah tahunan dan graf bulanan bilangan pembaca buku Pusat Sumber disediakan.

Pencalonan Tokoh Nilam 2010

Seorang pelajar puteri tingkatan 4, Najihan Thuraya bt Muhamad Bakir telah dicalonkan sebagai wakil bagi Tokoh NILAM 2010. Beliau telah dipilih kerana mempunyai minat membaca yang mendalam serta merupakan seorang pembahas Bahasa Inggeris yang berkaliber. Najihan juga adalah seorang pelajar yang berdedikasi dan berdayasaing. Pelajar ini juga merupakan pelajar cemerlang SMAP kerana beliau telah berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR 2009.

Isnin, Julai 19

Kursus Pembinaan Blog Pusat Sumber 2010

Kursus dan bengkel pembinaan blog Pusat sumber telah diadakan pada 15 dan 19 Julai 2010. Kursus anjuran BTPNNS dan PKG Nilai ini telah diadakan di PKG, Nilai bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Seramai 32 orang guru dari 32 sekolah dibawah pengawasan PKG, Nilai telah hadir. Kursus ini telah membuka mata para guru terutamanya GPM cara-cara bagaimana blog boleh dibina. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang amat berguna terutamanya dalam mempromosikan Pusat Sumber Sekolah

Ahad, Julai 18

Berita Terkini (2010)
Program Galakan Membaca (GAM)


Program ini merupakan program yang pada julung-julung kali di adakan di SMAP Labu hasil kerjasama program NILAM dan pihak perpustakaan. Program GAM ini merupakan program yang diperkenalakan oleh GPM SMAP Labu. Program ini telah dilancarkan oleh Pengetua Cemerlang SMAP Labu pada 1 Feb 2010 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2010.

Untuk maklumat lanjut klik di 'navigation' GAM.