PENGAWAS PSS








PENGENALAN 
Perpustakaan merupakan sebuah pusat maklumat yang memainkan peranan penting kepada  warga smap labu telah di tubuhkan sejak Januari tahun 1993 lagi dan terus berkembang sehingga sekarang perpustakaan ini mempunyai 25,393 koleksi buah buku dan terdapat  juga majalah-majalah dan suratkhabar yang dilanggan untuk tujuan penyediaan bahan bacaan ringan pengguna

Semoga dengan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan ini,dapat membantu pengguna meningkatkan ilmu pengetahuan samada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahkan juga untuk tujuan memajukan diri. Diharapkan agar para pengguna dapat menggunakannya dengan penuh tanggungjawab


CARTA ORGANISASI PENGAWAS PUSAT SUMBER
SMAP LABU 2013
PENAUNG
Pn Hjh Radziah Abd Samad
GURU PENYELARAS
Cik Hjh Nur Masniza bt Mohd Mustaza
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
Cik Siti Anisah bt Kassim
PENGERUSI
Nurhakimah Binti Maizan
NAIB PENGERUSI
Anis Syamira Binti Gustar Affendi
SETIAUSAHA
Nur Hidayati Binti Mohd Ramli
BENDAHARI 1
                                               Mohd Khairul Bahri Binti Zulkarnain
BENDAHARI 2
Afina Syaurah Binti A.Aziz
   
EXCO SURAT KHABAR 
Nor Suffina Binti Baharuddin
EXCO PENGAUTOMASIAN 
Mujaddid Bin Lazim
EXCO LIBBY MART 
Najahatus Solehah Binti Rapini
EXCO BLOG 
Ahmad Zahier Aiman Bin Kamarzaman
EXCO PAMERAN BUKU 
Nur Balqis Binti Mahadi
EXCO KAUNTER 
Ana Nurhanis Binti Azahar
EXCO KECERIAAN 
Anisa Shuhadah Binti Sudarman
EXCO PAMERAN 

EXCO NILAM
Maryam Qanitah Binti Rosli
 
TUGAS - TUGAS

Guru Perpustakaan
  1. Melantik pengawas perpustakaan
  2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan
  3. Mengelas dan mengkatalog buku-buku yang diterima
  4. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan
  5. Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang buku-buku yang telah diperoleh oleh pepustakaan kepada para pelajar dan guru
  6. Memastikan perpustakaan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas
  7. Menentukan dasar pentadbiran dan penggunaan perpustakaan
  8. Melatih dan menyelia pengawas perpustakaan untuk pengurusan perpustakaan
  9. Merancang aktiviti perpustakaan
  10. Memastikan keperluan perpustakaan mencukupi
  11. Mendedahkan menu perpustakaan dan penggunaannya untuk panduan para guru
  12. Membantu merancang anggaran belanjawan tahunan

Pengawas Perpustakaan
  1. Membantu melaksanakan peminjaman dan pemulangan buku
  2. Mengatur susun buku
  3. Mengemas bilik perpustakaan
  4. Memastikan keselamatan buku
  5. Melaporkan sebarang kerosakan buku untuk dibaikpulih
  6. Menceriakan perpustakaan
  7. Menjadi pembantu kepada guru perpustakaan
  8. Membantu para pelajar mencari bahan bacaan yang sesuai
  9. Mengadakan tunjuk ajar cara penggunaan perpustakaan yang betul
  10. Mengelas dan mengkatalog buku
  11. Menyediakan satu katalog mutakhir
  12. Menyediakan dan menyebar maklumat tentang bahan bacaan bahar

    Sistem Rekod Peminjaman


MANUAL 
  1. Digunakan jika komputer tidak berfugsi atau server ‘down’
  2. Pinjaman dan pemulangan buku akan dicatat ke dalam buku log
  3. Nombor kodbar buku, nama pelajar dan no kad matrik akan dicatatkan
  4. Tarikh pemulangan akan ditulis pada kulit belakang di sebelah dalam buku
  5. Rekod peminjaman dan pemulangan buku akan dikemskini setelah sistem automasi berfungsi seperti sediakala

AUTOMASI 
Peminjaman
  1. Klik pada menu peminjaman
  2. Imbas kodbar pada kad matrik pelajar
  3. Imbas kodbar pada kulit hadapan buku
  4. Tarikh pemulangan akan ditulis pada kulit belakang di sebelah dalam buku

Pemulangan
  1. Klik pada menu pemulangan
  2. Imbas kobbar pada kulit hadapan buku
  3. Semak paparan pada skrin sama ada terdapat denda atau tidak

Perkhidmatan Perpustakaan
Masa Peminjaman dan Pemulangan
Isnin - Khamis ; 800 am - 500 pm
Jumaat ; 800 am - 1215 tgh / 245 pm - 500 pm
Sabtu : 8.30 - 10.30 am




Peraturan Peminjaman dan Pemulangan Bahan Perpustakaan

  1. Hanya pelajar yang mempunyai kad matrik dan berdaftar sahaja dibenarkan meminjam bahan perpustakaan
  2. Peminjam dikehendaki menunjukkan kad matrik apabila membuan peminjaman bahan perpustakaan
  3. Dua buah buku boleh dipinjam oleh pelajar dan tiga buah buku boleh dipinjam oleh guru dan staf sokongan dalam satu masa
  4. Tempoh peminjaman bagi pelajar adalah 1 minggu manakala bagi guru dan staf sokongan tempoh peminjaman ialah 2 minggu. Jika tarikh pemulangan jatuh pada hari cuti,maka tarikh tersebut akan ditunda ke hari berikutnya
  5. Koleksi buku bertanda merah [RED SPOT] tidak boleh dipinjam oleh pelajar kecuali guru dan staf sokongan
  6. Koleksi majalah dan akhbar tidak boleh dipinjam kecuali untuk dibaca di dalam perpustakaan
  7. Untuk peminjaman bahan selain buku, peminjam boleh berjumpa dengan pengawas perpustakaan
  8. Guru perpustakaan boleh menggunakan budi bicara untuk mengubahsuai sebarang peraturan kemudahan pinjaman bahan perpustakaan dari semasa ke semasa, mengikut keperluan pengguna
  9. Sebarang buku atau bahan-bahan perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sehingga telah direkodkan oleh salah seorang guru / pembantu / pengawas perustakaan. Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar
  10. Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh / masa yang ditetapkan
  11. Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah dibatalkan sebelum meninggalkan kaunter pinjaman dan pemulangan
  12. Tempoh pinjaman buku adalah satu minggu. Bagaimanapun perpustakaan boleh menetapkan tempoh pinjaman yang berbeza-beza, menurut apa yang difikirkan sesuai
  13. Semua peminjam dikehendaki memulangkan semua bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar semua denda sebelum mereka dibenarkan membuat pinjaman yang seterusnya
  14. Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui pinjamannya kecuali jika telah ditempah oleh pengguna lain
  15. Pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain
  16. Buku-buku hendaklah dipulangkan sebaik sahaja peminjam selesai menggunakannya demi menambah bilangan buku-buku yang boleh digunakan oleh pengguna lain
  17. Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan
  18. Adalah menjadi kesalahan besar jika seseorang pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menyiarkan notis di papan kenyataan bagi pinjaman yang melewati masa
  19. Semua peminjam bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Pembantu / Pengawas Perpustakaan sebarang kehilangan buku. Kehilangan buku mesti diganti dengan buku yang sama tajuk atau senilai dengannya
  20. Pengguna-pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan mengenai bilangan buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab untuk tempoh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan terhadap pengguna yang lewat memulangkan bahan perpustakaan yang dipinjam mengikut kadar
  21. Denda yang dikenakan kepada semua ahli perpustakaan yang lewat memulangkan buku ialah 50 sen sehari bagi setiap buah buku
  22. Pelajar yang tidak menjelaskan denda mereka, tidak akan dibenarkan untuk meminjam buku yang seterusnya
  23. Pinjaman tertakhluk kepada denda yang dikuatkuasakan , begitu juga dengan kehilangan / kerosakan buku
  24. Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjamkan tertakhluk kepada panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja notis-notis untuk berbuat demikian diterima
  25. Peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam. Jika sesebuah buku yang dipinjam tidak dapat dikesan atau hilang , laporan segera hendaklah dibuat agar tindakan lanjut dapat diambil
  26. Peminjam bertanggungjawab menggantikan bahan yang telah hilang atau memperbaiki sebarang kerosakkan buku-buku atau bahan-bahan perpustakaan yang dipinjamkan kepada mereka atau yang digunakan diperpustakaan
  27. Peminjam boleh membeli sendiri buku yang hilang atau rosak atau menyerahkan urusan pembelian kepada pihak perpustakaan. Buku-buku ganti mestilah daripada edisi yang terbaru
  28. Mencuri atau merosakkan buku-buku dan bahan-bahan perpustakaan adalah menjadi satu kesalahan besar. Pelajar yang didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan akan dikenakan denda atau hukuman seperti digantung daripada menggunakan kemudahan perpustakaan, dikenakan bayaran denda, diumumkan di semua papan kenyataan sekolah.