Isnin, November 19

HADIAH GAM





Assalamuailaikum.. 

Entri kali ini berkaitan dengan Penyampaian Hadiah GAM (Galakan Amalan Membaca) yang juga akan menutup tirainya untuk tahun 2012. Oleh itu, Pn Sharifah Zalehah bt Syed Sulong selaku Guru Nilam PSS telah mengiringi Puan Hjh Radziah bt Abd Samad , Pengetua Cemerlang SMAP LABU bagi menyampaikan hadiah GAM kali ini.









Penggredan PSS 2012

Assalamualaikum...

Pusat Sumber SMA Persekutuan Labu telah didatangi oleh Pegawai dari PKG Nilai, En Thanesh A/L Balakrishnan. Tujuannya adalah untuk menggred PSS SMAP Labu bagi tahun 2012. Semua persiapan telah dilakukan dan disiapkan oleh Pihak PSS termasuk penyusunan dan kemaskinian fail-fai PSS. Phaik Sekolah sendiri telah melakukan penggredan sebelum ini. Markah yang diberikan ialh sebanyak 97%. Cik Hjh Nur Masniza bt Mohd Mustaza selaku GPM yang baru sahaja menggantikan GPM yang lama, Pn Hjh Wan Norhana bt Wan Arshad telah menyambut kedatangan Pegawai dari PKG Nilai tersebut. Setelah menilai semua aspek-aspek yang penting, markah yang diberikan kepada Pusat Sumber Seklah adalha sebanyak 99%. Walaupun susut sebanyak 1% berbanding tahun 2011, pencapaian ini masih boleh dibanggakan.
 Pihak kami turut menyertakan gambar-gambar semasa  sesi penggredan berlangsung.