Khamis, November 19

Perpustakaan









PENAUNG
Pn Hjh Radziah Abd Samad
GURU PENYELARAS
Pn Wan Norhana Wan Arshad
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
Pn Nortipah Hashim
PENGERUSI
Norrul Kamari Daud
NAIB PENGERUSI
Ahmad Safwan Yusof
SETIAUSAHA
Nur Saadah Zamri
BENDAHARI
Nur Suhada Mohd Yasin


TUGAS

Guru Perpustakaan
  1. Melantik pengawas perpustakaan
  2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan
  3. Mengelas dan mengkatalog buku-buku yang diterima
  4. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan
  5. Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang buku-buku yang telah diperoleh oleh pepustakaan kepada para pelajar dan guru
  6. Memastikan perpustakaan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas
  7. Menentukan dasar pentadbiran dan penggunaan perpustakaan
  8. Melatih dan menyelia pengawas perpustakaan untuk pengurusan perpustakaan
  9. Merancang aktiviti perpustakaan
  10. Memastikan keperluan perpustakaan mencukupi
  11. Mendedahkan menu perpustakaan dan penggunaannya untuk panduan para guru
  12. Membantu merancang anggaran belanjawan tahunan

Pengawas Perpustakaan
  1. Membantu melaksanakan peminjaman dan pemulangan buku
  2. Mengatur susun buku
  3. Mengemas bilik perpustakaan
  4. Memastikan keselamatan buku
  5. Melaporkan sebarang kerosakan buku untuk dibaikpulih
  6. Menceriakan perpustakaan
  7. Menjadi pembantu kepada guru perpustakaan
  8. Membantu para pelajar mencari bahan bacaan yang sesuai
  9. Mengadakan tunjuk ajar cara penggunaan perpustakaan yang betul
  10. Mengelas dan mengkatalog buku
  11. Menyediakan satu katalog mutakhir
  12. Menyediakan dan menyebar maklumat tentang bahan bacaan baharu


Sistem Rekod Peminjaman


MANUAL ;
  1. Digunakan jika komputer tidak berfugsi atau server ‘down’
  2. Pinjaman dan pemulangan buku akan dicatat ke dalam buku log
  3. Nombor kodbar buku, nama pelajar dan no kad matrik akan dicatatkan
  4. Tarikh pemulangan akan ditulis pada kulit belakang di sebelah dalam buku
  5. Rekod peminjaman dan pemulangan buku akan dikemskini setelah sistem automasi berfungsi seperti sediakala

AUTOMASI ;
Peminjaman
  1. Klik pada menu peminjaman
  2. Imbas kodbar pada kad matrik pelajar
  3. Imbas kodbar pada kulit hadapan buku
  4. Tarikh pemulangan akan ditulis pada kulit belakang di sebelah dalam buku

Pemulangan
  1. Klik pada menu pemulangan
  2. Imbas kodbar pada kad matrik pelajar
  3. Imbas kobbar pada kulit hadapan buku
  4. Semak paparan pada skrin sama ada terdapat denda atau tidak

Perkhidmatan Perpustakaan

Masa Peminjaman dan Pemulangan

Isnin - Khamis ; 800 am - 500 pm
Jumaat ; 800 am - 1215 tgh / 245 pm - 500 pm
Sabtu ; 800 am - 1230 tgh


Peraturan Peminjaman dan Pemulangan Bahan Perpustakaan

  1. Hanya pelajar yang mempunyai kad matrik dan berdaftar sahaja dibenarkan meminjam bahan perpustakaan
  2. Peminjam dikehendaki menunjukkan kad matrik apabila membuan peminjaman bahan perpustakaan
  3. Dua buah buku boleh dipinjam oleh pelajar dan tiga buah buku boleh dipinjam oleh guru dan staf sokongan dalam satu masa
  4. Tempoh peminjaman bagi pelajar adalah 1 minggu manakala bagi guru dan staf sokongan tempoh peminjaman ialah 2 minggu. Jika tarikh pemulangan jatuh pada hari cuti,maka tarikh tersebut akan ditunda ke hari berikutnya
  5. Koleksi buku bertanda merah [RED SPOT] tidak boleh dipinjam oleh pelajar kecuali guru dan staf sokongan
  6. Koleksi majalah dan akhbar tidak boleh dipinjam kecuali untuk dibaca di dalam perpustakaan
  7. Untuk peminjaman bahan selain buku, peminjam boleh berjumpa dengan pengawas perpustakaan
  8. Guru perpustakaan boleh menggunakan budi bicara untuk mengubahsuai sebarang peraturan kemudahan pinjaman bahan perpustakaan dari semasa ke semasa, mengikut keperluan pengguna
  9. Sebarang buku atau bahan-bahan perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sehingga telah direkodkan oleh salah seorang guru / pembantu / pengawas perustakaan. Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar
  10. Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh / masa yang ditetapkan
  11. Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah dibatalkan sebelum meninggalkan kaunter pinjaman dan pemulangan
  12. Tempoh pinjaman buku adalah satu minggu. Bagaimanapun perpustakaan boleh menetapkan tempoh pinjaman yang berbeza-beza, menurut apa yang difikirkan sesuai
  13. Semua peminjam dikehendaki memulangkan semua bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar semua denda sebelum mereka dibenarkan membuat pinjaman yang seterusnya
  14. Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui pinjamannya kecuali jika telah ditempah oleh pengguna lain
  15. Pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain
  16. Buku-buku hendaklah dipulangkan sebaik sahaja peminjam selesai menggunakannya demi menambah bilangan buku-buku yang boleh digunakan oleh pengguna lain
  17. Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan
  18. Adalah menjadi kesalahan besar jika seseorang pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menyiarkan notis di papan kenyataan bagi pinjaman yang melewati masa
  19. Semua peminjam bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Pembantu / Pengawas Perpustakaan sebarang kehilangan buku. Kehilangan buku mesti diganti dengan buku yang sama tajuk atau senilai dengannya
  20. Pengguna-pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan mengenai bilangan buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab untuk tempoh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan terhadap pengguna yang lewat memulangkan bahan perpustakaan yang dipinjam mengikut kadar
  21. Denda yang dikenakan kepada semua ahli perpustakaan yang lewat memulangkan buku ialah 50 sen sehari bagi setiap buah buku
  22. Pelajar yang tidak menjelaskan denda mereka, tidak akan dibenarkan untuk meminjam buku yang seterusnya
  23. Pinjaman tertakhluk kepada denda yang dikuatkuasakan , begitu juga dengan kehilangan / kerosakan buku
  24. Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjamkan tertakhluk kepada panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja notis-notis untuk berbuat demikian diterima
  25. Peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam. Jika sesebuah buku yang dipinjam tidak dapat dikesan atau hilang , laporan segera hendaklah dibuat agar tindakan lanjut dapat diambil
  26. Peminjam bertanggungjawab menggantikan bahan yang telah hilang atau memperbaiki sebarang kerosakkan buku-buku atau bahan-bahan perpustakaan yang dipinjamkan kepada mereka atau yang digunakan diperpustakaan
  27. Peminjam boleh membeli sendiri buku yang hilang atau rosak atau menyerahkan urusan pembelian kepada pihak perpustakaan. Buku-buku ganti mestilah daripada edisi yang terbaru
  28. Mencuri atau merosakkan buku-buku dan bahan-bahan perpustakaan adalah menjadi satu kesalahan besar. Pelajar yang didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan akan dikenakan denda atau hukuman seperti digantung daripada menggunakan kemudahan perpustakaan, dikenakan bayaran denda, diumumkan di semua papan kenyataan sekolah.
N. I. L. A. M.
Nadi ILmu Amalan Membaca







PENGERUSI
Pn Hjh Radziah Abd Samad
Pengetua Cemerlang

TIMBALAN PENGERUSI
Tn Syed Dzulkarnain Syed Nordin
Penolong Kanan Akademik

NAIB PENGERUSI 1
En.Abdull Samat Othman
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
Cik Sharizan Sheikh Osman
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Pn Wan Norhana Wan Arshad
Penyelaras Pusat Sumber

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Pn Halayna Gapor
Guru Penyelaras Nilam

Pn.wan Norhan Wan Arshad
Guru Perpustakaan


Matlamat
Membina Tabiat Membaca yang Berkekalan Dalam Kalangan Pelajar.

Objektif
  1. Menjadikan murid banyak atau suka membaca
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca



Bagi meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan pelajar, SMAPL telah mengadakan sebuah pertandingan ;
Nilam Bacathon


Pendahuluan
Selaras dengan Bulan Membaca seluruh negara pada bulan Julai ini, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu juga turut mengadakan aktiviti untuk memeriahkan lagi Bulan Membaca ini. Salah satu aktiviti yang akan dijalankan ialah ‘Program Bacathon’.

Matlamat
  1. Menambah bacaan pelajar untuk rekod Nilam bagi membolehkan pelajar mendapat sijil dan pengiktirafan
  2. Menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar
  3. Menggalakkan pelajar untuk membuat yang terbaik dalam apa-apa yang dilakukan melalui pertandingan bacaan terbanyak
  4. Melibatkan semua pelajar SMAP Labu dalam program membaca
  5. Menambahkan markah rumah untuk pelajar yang terlibat

Pertandingan
  1. Terbahagi kepada empat kategori – Menengah Rendah (lelaki dan perempuan) dan Menengah Atas (lelaki dan perempuan)
  2. Pertandingan yang akan diadakan adalah Pertandingan Bacaan Terbanyak dan Pertandingan Rakan Pembaca
  3. Bagi Pertandingan Bacaan Terbanyak, semua pelajar yang mengikuti program Bacathon serta merta layak untuk menyertainya. Guru yang bertugas pada slot terakhir akan mengumpul buku nilam pelajar dan mengenal pasti pelajar yang membuat bacaan terbanyak. Para pelajar boleh menggunakan buku Nilam yang sedia ada tetapi untuk pertandingan ini, hanya bacaan yang dilakukan pada tempoh program Bacathon yang akan diambil kira. Setiap pelajar dijangka akan dapat membaca sekurang-kurangnya 40 buah buku dalam tempoh tersebut
  4. Bagi Pertandingan Rakan Pembaca, pelajar yang terlibat dalam program ini yang telah membaca lebih dari 35 buah buku dalam tempoh Bacathon ini layak untuk turut serta. Pertandingan ini akan diadakan pada jam 10.30 pagi pada 25 Julai 2009. Pelajar akan berkongsi tentang salah satu buku yang telah dibaca di hadapan semua pelajar yang terlibat dalam program Bacathon. Pertandingan akan diadakan di UTP atau Perpustakaan
  5. Majlis Perasmian Program Bacathon akan diadakan pada perhimpunan pagi Jumaat 24 Julai manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah diadakan pada hari Isnin 27 Julai 2009

Perlaksanaan
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Walaubagaimanapun, setiap rumah diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan bagi setiap tingkatan
  2. Buku-buku dalam pelbagai bahasa akan dipilih dan disediakan oleh guru-guru (buku yang tidak terlalu tebal bagi membolehkan pelajar membaca sebanyak buku yang mungkin)
  3. Setiap pelajar yang terlibat mesti membawa buku Nilam dan akan merekodkan bacaan setiap kali habis membaca satu buku. Pelajar boleh meminta buku Nilam yang baru sekiranya ruang buku Nilam yang ada habis diisi
  4. Pemantauan akan dibuat oleh guru-guru bahasa (jadual pemantauan dilampirkan). Guru bertugas akan turut mengambil kedatangan pelajar untuk memastikan kehadiran semua pelajar yang mengambil bahagian
  5. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di perpustakaan (pelajar perempuan) dan UTP (pelajar lelaki)
  6. Tarikh untuk program ini ialah pada hari Jumaat hingga Sabtu, 24-25 Julai 2009 dan akan dijalankan sepanjang hari dari jam 8.30 pagi hari Jumaat sehingga jam 4.30 petang hari Sabtu
  7. Para pelajar akan dibenarkan untuk balik ke asrama untuk membersihkan diri dan solat serta ke dewan makan untuk makan (mengikut jadual makan seperti biasa)
  8. Air minuman dan makanan ringan (biskut) akan disediakan untuk pelajar

Hadiah dan Sijil
  1. Bagi pertandingan Bacaan Terbanyak, hadiah berupa buku bacaan akan diberikan kepada 3 pembaca terbanyak bagi setiap kategori. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian
  2. Selain itu, hadiah saguhati akan turut diberikan kepada guru-guru yang terlibat

Selasa, November 17

Perisian Kursus Pendidikan
CDRI
Pengenalan

Perisian kursus multimedia interaktif ini mula dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada tahun 1977. Objektif utama CDRI ini adalah untuk menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diusahakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan-bahan tersebut telah diuji dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ciri-ciri pelajar yang berlainan. Secara konklusinya, kaedah ini mengkaji peringkat motivasi yang dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Isnin, November 16

Bilik Tayangan
Unit Teknologi Pendidikan





Pengerusi
Pn Hjh Radziah bt Abd Samad
Pengetua Cemerlang

Naib Pengerusi
Tn Syed Dzulkarnain Syed Nordin
Penolong Kanan Akademik
 Encik Abdull Samat Othman
Penolong Kanan HEM
Cik Sharizan Sheikh Osman
Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Penyelaras
Pn Noraini bt Ismail

Ahli Jawatankuasa Pelajar



Pengenalan

Unit Teknologi Pendidikan merupakan salah satu komponen di bawah Pusat Sumber Sekolah. Ia dibina bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk belajar menggunakan teknologi moden dan alat pandang dengar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.






Fungsi

  1. Memudahkan pelajar belajar menggunakan alat pandang dengar dalam semua mata pelajaran
  2. Membolehkan pelajar belajar melalui TV Pendidikan
  3. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif
  4. set penting memartabatkan sekolah bestari

Perkhidmatan yang Disediakan
  1. Tayangan video, DVD, TV, Astro dan perisian komputer menggunakan televisyen dan paparan skrin melalui projektor LCD.
  2. Overhed dan direct projektor bagi tayangan transperansi.
  3. Penggunaan radio kaset.
  4. Kemudahan internet.
  5. Perkhidmatan CD untuk semua mata pelajaran.
Peraturan Penggunaan Unit Teknologi Pendidikan

Tindakan akan Diambil kepada Pelajar yang Tidak Mematuhi Peraturan
Makanan dan Minuman Adalah Dilarang Dibawa ke Dalam UTP
Menanggalkan dan Menyusun Kasut Sebelum Memasuki UTP
Mengisi Borang Tempahan Dahulu Sebelum Memasuki UTP
Guru Perlu Berada Bersama Pelajar di Dalam Bilik Tersebut
Tidak Mengalihkan atau Merosakkan Sebarang Peralatan
Menjaga Kebersihan UTP

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penyelaras UTP dan mana-mana AJK ;
UNIT TEKNOLOGI PENDIDIKAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN
KM 11 JALAN LABU 71900 NEGERI SEMBILAN
TELEFON ; 067912245
FAX ; 067912198
EMAIL ; gbp_nra4002@moe.edu.my

"Teknologi Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan"