NILAM

N. I. L. A. M.
Nadi ILmu Amalan Membaca













PENGERUSI
Pn Hjh Radziah Abd Samad
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI
Tn Syed Dzulkarnain Syed Nordin
Penolong Kanan

NAIB PENGERUSI 1
Abdull Samat Othman
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
Cik Sharizan Sheikh Osman
Penolong Kanan Kokurikulum

PENYELARAS PROGRAM NILAM
Pn.Sarilawati bt Yaakob

Penyelaras Tingkatan 1 
En.Muhammad Sharif bin abd Rahman 
Penyelaras Tingkatan 2
En.Amirahman bin Abas
Penyelaras Tingkatan 3
En.Shahizam bin Hashim 
Penyelaras Tingkatan 4 
Cik Halimah bt Yaakub
Penyelaras Tingkatan 5
Pn.Sarilawati bt Yaakub 
Penyelaras Tingkatan 6
Pn.Rahayu bt kandar

Ketua-ketua Bidang


Matlamat
Membina Tabiat Membaca yang Berkekalan Dalam Kalangan Pelajar.

Objektif
  1. Menjadikan murid banyak atau suka membaca
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca 






Bagi meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan pelajar, SMAPL telah mengadakan sebuah pertandingan ;
Nilam Bacathon


Pendahuluan
Selaras dengan Bulan Membaca seluruh negara pada bulan Julai ini, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu juga turut mengadakan aktiviti untuk memeriahkan lagi Bulan Membaca ini. Salah satu aktiviti yang akan dijalankan ialah ‘Program Bacathon’.

Matlamat
  1. Menambah bacaan pelajar untuk rekod Nilam bagi membolehkan pelajar mendapat sijil dan pengiktirafan
  2. Menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar
  3. Menggalakkan pelajar untuk membuat yang terbaik dalam apa-apa yang dilakukan melalui pertandingan bacaan terbanyak
  4. Melibatkan semua pelajar SMAP Labu dalam program membaca
  5. Menambahkan markah rumah untuk pelajar yang terlibat

Pertandingan
  1. Terbahagi kepada empat kategori – Menengah Rendah (lelaki dan perempuan) dan Menengah Atas (lelaki dan perempuan)
  2. Pertandingan yang akan diadakan adalah Pertandingan Bacaan Terbanyak dan Pertandingan Rakan Pembaca
  3. Bagi Pertandingan Bacaan Terbanyak, semua pelajar yang mengikuti program Bacathon serta merta layak untuk menyertainya. Guru yang bertugas pada slot terakhir akan mengumpul buku nilam pelajar dan mengenal pasti pelajar yang membuat bacaan terbanyak. Para pelajar boleh menggunakan buku Nilam yang sedia ada tetapi untuk pertandingan ini, hanya bacaan yang dilakukan pada tempoh program Bacathon yang akan diambil kira. Setiap pelajar dijangka akan dapat membaca sekurang-kurangnya 40 buah buku dalam tempoh tersebut
  4. Bagi Pertandingan Rakan Pembaca, pelajar yang terlibat dalam program ini yang telah membaca lebih dari 35 buah buku dalam tempoh Bacathon ini layak untuk turut serta. Pertandingan ini akan diadakan pada jam 10.30 pagi pada 25 Julai 2009. Pelajar akan berkongsi tentang salah satu buku yang telah dibaca di hadapan semua pelajar yang terlibat dalam program Bacathon. Pertandingan akan diadakan di UTP atau Perpustakaan
  5. Majlis Perasmian Program Bacathon akan diadakan pada perhimpunan pagi Jumaat 24 Julai manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah diadakan pada hari Isnin 27 Julai 2009

Perlaksanaan
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Walaubagaimanapun, setiap rumah diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan bagi setiap tingkatan
  2. Buku-buku dalam pelbagai bahasa akan dipilih dan disediakan oleh guru-guru (buku yang tidak terlalu tebal bagi membolehkan pelajar membaca sebanyak buku yang mungkin)
  3. Setiap pelajar yang terlibat mesti membawa buku Nilam dan akan merekodkan bacaan setiap kali habis membaca satu buku. Pelajar boleh meminta buku Nilam yang baru sekiranya ruang buku Nilam yang ada habis diisi
  4. Pemantauan akan dibuat oleh guru-guru bahasa (jadual pemantauan dilampirkan). Guru bertugas akan turut mengambil kedatangan pelajar untuk memastikan kehadiran semua pelajar yang mengambil bahagian
  5. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di perpustakaan (pelajar perempuan) dan UTP (pelajar lelaki)
  6. Tarikh untuk program ini ialah pada hari Jumaat hingga Sabtu, 24-25 Julai 2009 dan akan dijalankan sepanjang hari dari jam 8.30 pagi hari Jumaat sehingga jam 4.30 petang hari Sabtu
  7. Para pelajar akan dibenarkan untuk balik ke asrama untuk membersihkan diri dan solat serta ke dewan makan untuk makan (mengikut jadual makan seperti biasa)
  8. Air minuman dan makanan ringan (biskut) akan disediakan untuk pelajar

Hadiah dan Sijil
  1. Bagi pertandingan Bacaan Terbanyak, hadiah berupa buku bacaan akan diberikan kepada 3 pembaca terbanyak bagi setiap kategori. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian
  2. Selain itu, hadiah saguhati akan turut diberikan kepada guru-guru yang terlibat