Jumaat, Mei 20

BULAN KESIHATAN SMAP LABU













Sempena bulan kesihatan, pusat sumber sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan. Antaranya ialah menimbang BMI semua warga Smap Labu. Pusat sumber juga telah menyediakan pelbagai produk makanan yang baik untuk kesihatan. Sebagai contohnya kekacang, air mineral dan sebagainya. Produk kesihatan ini telah diberikan kepada pelajar serta guru-guru yang meminjam buku serta membuat pengiraan BMI di perpustakaan. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar dan guru-guru Smap Labu.

Khamis, Mei 19

AKTIVITI-AKTIVITI PERPUSTAKAAN SEMPENA BULAN KESIHATAN

Apa Itu Body Mass Index (BMI)?



DEFINISI
Body Mass Index (BMI) merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan. BMI merupakan suatu rumus matematika dimana berat badan seseorang (dalam kg) dibagi dengan tinggi badan (dalam cm). BMI lebih berhubungan dengan lemak tubuh dibandingkan dengan indikator lainnya untuk tinggi badan dan berat badan.

Seseorang dengan BMI 25-29,9 dikatakan mengalami kelebihan berat badan (overweight), sedangkan seseorang dengan BMI 30 atau lebih dikatakan mengalami obesitas.

BMI bisa memperkirakan lemak tubuh, tetapi tidak dapat diartikan sebagai persentase yang pasti dari lemak tubuh. Hubungan antara lemak dan BMI dipengaruhi oleh usia dan jenis kelamin. Wanita lebih mungkin memiliki persentase lemak tubuh yang lebih tinggi dibandingkan pria dengan nilai BMI yang sama. Pada BMI yang sama, orang yang lebih tua memiliki lebih banyak lemak tubuh dibandingkan orang yang lebih muda.

BMI yang sehat untuk dewasa adalah 18,5-24,9. BMI yang tinggi merupakan suatu ramalan kematian karena penyakit jantung dan pembuluh darah. Diabetes, kanker, tekanan darah tinggi dan osteoartritis juga merupakan akibat dari overweight dan obesitas yang sering ditemukan pada dewasa. Obesitas sendiri merupakan faktor resiko yang kuat dari kematian dini.

Interpretasi nilai BMI untuk dewasa, tanpa memperhatikan umur maupun jenis kelamin:

* Underweight (berat badan kurang) : BMI dibawah 18,5
* Overweight (kelebihan berat badan) : BMI 25-29.9
* Obesitas : BMI 30 atau lebih.

Rumus BMI
BMI = Berat badan (kg) : Tinggi badan (m)
atau
BMI = Berat badan (kg) : Tinggi badan (cm) : Tinggi badan (cm) x 10.000

Contoh; seseorang dengan berat badan 95,3 kg dan tinggi 182,9 cm memiliki BMI = 95,3 : 182,9 : 182,9 x 10.000 = 28,5


BMI berdasarkan usia.
Sejalan dengan pertumbuhannya, maka lemak tubuh anak-anak berubah dari tahun ke tahun. Interpretasi BMI tergantung kepada usia anak, selain itu lemak tubuh anak perempuan dan anak laki-laki berbeda. Karena itu untuk anak-anak tersedia 2 grafik yang berbeda untuk perempuan dan laki-laki.

Setiap grafik dari CDC untuk BMI berdasarkan umur terdiri dari serangkaian garis lengkung yang menunjukkan persentil tertentu. BMI menurun selama masa pra-sekolah, lalu meningkat pada masa dewasa.




BULAN KEBUDAYAAN BAHASA JEPUN

PAKAIAN KEBUDAYAAN JEPUN














 
Pamplet
Perkakas makanan jepun







Kaligrafi jepun




Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah menyambut bulan kebudayaan bahasa jepun pada bulan April yang lalu. Pusat sumber sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut bulan kebudayaan bahasa jepun peringkat sekolah. Oleh itu, pelbagai pameran yang telah dipamerkan di perpustakaan Smap Labu bersempena bulan kebudayaan bahasa jepun. Perpustakaan Smap Labu telah menyediakan pameran yang sangat menarik serta dapat memberikan ilmu pengetahuan tentang budaya bahasa jepun. Antaranya ialah pameran pakaian jepun, perkakas makanan jepun, pamplet mengenai kebudayaan jepun, kaligrafi jep dan pelbagai pameran yang menarik hati pelajar dan guru-guru di sekolah untuk mengetahui tentangnya.

SUMBANGAN DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




ALHAMDULILLAH, perpustakaan SMAP Labu telah menerima pelbagai jenis buku sumbangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.Sebanyak 127 buah buku telah disumbangkan kepada perpustakaan Smap Labu. Dengan adanya buku-buku yang telah disumbangkan ini, diharapkan agar pelajar Smap Labu dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.  Jutaan terima kasih yang tidak terhinggadiucapkan atas sumbangan yang sangat berharga dan memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar Smap Labu.

PROGRAM LITERASI KOMPUTER



Satu pertandingan telah diadakan pada 9 April 2011 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu. Pertandingan ini telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 Putrajaya. SMAP Labu juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar peserta bagi menyertai program literasi maklumat ini. Seramai 8 orang peserta daripada pelajar tingkatan 5 dan 2 orang daripada tingkatan 4 yang merupakan pengawas pusat sumber SMAP Labu telah menyertai program ini mewakili pasukan SMAP Labu. Usaha yang berterusan tanpa kenal erti penat lelah telah membuahkan hasil yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada pasukan SMAP Labu yang telah berjaya menumpaskan pasukan yang lain dan akhirnya gelaran juara berpihak kepada kami. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pn. Wan Norhana bt Wan Arshad dan Pn. Noraida bt Abdullah yang telah bertungkus – lumus membimbing dan mendorong kami sehingga Berjaya menempah nama SMAP Labu sebagai johan di peringkat yang membanggakan ini. Oleh itu, bagi meraikan kejayaan buat julung kalinya ini, pihak pusat sumber sekolah telah mengadakan jamuan secara kecil-kecilan.  


                                                                                                         
 






 Jamuan meraikan kemenangan yang diperolehi


Rabu, Mei 4

Lawatan SK Bangi, Selangor pada 27 April 2011 ke PSS

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh rombongan dari SK Bangi Selangor pada 27 April 2011. Seramai lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada pihak pentadbir sekolah,  guru dan pelajar telah melawat PSS SMAP Labu.

Pemenang GAM 2011 bagi bulan Mac 2011

Pada 30 Mac 2011, PSS telah berjaya mengenalpasti pemenang Program GAM bulan Mac. Para pemenang program tersebut telah menerima hadiah daripada Pengetua Cemerlang SMAP Labu, Pn Hjh Radziah bt Abdul Samad di Dewan Seri Bestari. Di antara pemenang-pemenangnya ialah bagi kategori Menengah Rendah, ialah Abdunloh Daoh dan Menengah Atas ialah Nur Balqis bt Mohd Badawi  Kedua-dua mereka merupakan Pengawas Pusat Sumber. Bagi guru pula,juaranya ialah Pn Hjh.Eshah bt Embi manakala Pn Rahayu Kandar telah memenangi Anugerah Penulis Synopsis Kreatif.  Pn Siti Rohani bt Jamaluddin pula merupakan pemenang bagi kakitangan SMAPL.  Rumah Umar pula telah menjadi Johan rumah pembaca terbanyak sekali lagi. Tahniah diucapkan kepada semua!

Lawatan SK Seri Ketereh, Kelantan ke PSS SMAP Labu.

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh rombongan dari SK Seri Ketereh, Kelantan pada 30 Mac 2011. Seramai lebih kurang 15 orang peserta yang terdiri daripada pihak pentadbir sekolah dan para guru telah melawat PSS SMAP Labu.. Mereka telah memberi komen yang memberangsangkan tentang PSS SMAP Labu. Adalah diharapkan komen-komen membina ini dapat memberi inspirasi kepada AJK PSS SMAP Labu untuk lebih maju.



Program Membaca bersama Datuk Michelle Yeoh

Seramai 40 orang Pengawas PSS SMAP Labu telah dipilih untuk menyertai Program Membaca bersama Datuk Michelle Yeoh pada 25 Mac 2011. Mereka telah diiringi oleh GPM, Pn Wan Norhana Wan Arshad dan dua orang Perpustakawan Cik Anisah bt Kassim dan Cik Siti Adoryza bt Mohd Nasir. Program itu telah diadakan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. Program itu telah juga disertai oleh sekolah SBP disekitar bandar Seremban iaitu Tunku Kurshiah Kolej, SM Tunku Munawir dan SDAR. Pelajar berasa teruja kerana dapat mengenali Datuk Michelle Yeoh dan mendapat hadiah buku terbitan Sheikh Muzaffar, Angkasawan Negara. Program ini telah dapat membuka minda para pelajar untuk menjadikan budaya membaca sebagai gaya hidup mereka.


Lawatan Pegawai PKG, Nilai ke PSS

En Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG, Nilai telah berkunjung ke Pusat Sumber  SMAP Labu pada 10 Mac 2011. Beliau telah datang untuk berbincang mengenai Kursus Pembinaan Laman Blog yang akan diadakan di Makmal ICT SMAP Labu.

Lawatan Bekas Pengawas Pusat Sumber 2010

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh dua orang bekas Pengawas PSS 2010 iaitu Nur Afifah Nasuha dan Izzati Ahmad Zukri pada 23 Mac 2011. Mereka amat berbangga dengan keceriaan PSS yang semakin mantap. Mereka sebenarnya hadir ke sekolah kerana mengambil keputusan SPM 2010. Alhamdulilah kedua-dua bekas Pengawas ini telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Tahniah diucapkan.