Isnin, November 19

HADIAH GAM





Assalamuailaikum.. 

Entri kali ini berkaitan dengan Penyampaian Hadiah GAM (Galakan Amalan Membaca) yang juga akan menutup tirainya untuk tahun 2012. Oleh itu, Pn Sharifah Zalehah bt Syed Sulong selaku Guru Nilam PSS telah mengiringi Puan Hjh Radziah bt Abd Samad , Pengetua Cemerlang SMAP LABU bagi menyampaikan hadiah GAM kali ini.









Penggredan PSS 2012

Assalamualaikum...

Pusat Sumber SMA Persekutuan Labu telah didatangi oleh Pegawai dari PKG Nilai, En Thanesh A/L Balakrishnan. Tujuannya adalah untuk menggred PSS SMAP Labu bagi tahun 2012. Semua persiapan telah dilakukan dan disiapkan oleh Pihak PSS termasuk penyusunan dan kemaskinian fail-fai PSS. Phaik Sekolah sendiri telah melakukan penggredan sebelum ini. Markah yang diberikan ialh sebanyak 97%. Cik Hjh Nur Masniza bt Mohd Mustaza selaku GPM yang baru sahaja menggantikan GPM yang lama, Pn Hjh Wan Norhana bt Wan Arshad telah menyambut kedatangan Pegawai dari PKG Nilai tersebut. Setelah menilai semua aspek-aspek yang penting, markah yang diberikan kepada Pusat Sumber Seklah adalha sebanyak 99%. Walaupun susut sebanyak 1% berbanding tahun 2011, pencapaian ini masih boleh dibanggakan.
 Pihak kami turut menyertakan gambar-gambar semasa  sesi penggredan berlangsung.





Selasa, Oktober 30

Lawatan dari SMK Kompleks KLIA

Pada tanggal 20/9/2012 PSS SMAP Labu telah menerima kunjungan daripada SMK Kompleks KLIA. Pihak sekolah telah menjemput 4 orang guru dan murid-murid dari sekolah tersebut untuk berkunjung ke PSS SMAP Labu.

Pameran Bertema Bulan September

Pameran bertema PSS Smap Labu pada bulan September kali ini ialah "Panggilan Baitullah".
Tema ini bersesuaian dengan bulan dalam islam iaitu bulan Zulhijjah yang mana umat Islam akan berkunjung ke Baitullah yang terletak di Masjidil Haram atau Tanah Haram di Mekah  untuk mengerjakan Ibadah Haji. oleh yang demikian, PSS SMAP Labu mengenakan tema Panggilan Baitullah pada bulan ini. berikut adalah gambar-gambar pameran.




Berikut  merupakan gambar-gambar pameran yang disediakan.

Rabu, September 26

MERDEKA RAYA

Tema bagi bulan Ogos 2012 adalah Merdeka Raya. Perpustakaan Smap Labu telah mengadakan pameran yang menarik bagi bulan tersebut. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan bagi menyerikan lagi bulan merdeka seperti pertandingan buku skrap merdeka dan sebagainya.





LITERASI MAKLUMAT

Pada 15 September 2012, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah menghantar satu kumpulan untuk menyertai program literasi maklumat yang telah diadakan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Alhamdulillah, program tersebut telah berjalan lancar dan kumpulan kami telah meraih beberapa kejayaan seperti tempat ketiga dalam pertandingan Wacana Ilmu dan Kuiz bagi pelajar menengah rendah. Tahniah diucapkan Ana Nuhanis bt Azhar dan Ahmad Muzaffar b Abdul Rahim yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.


















  

Selasa, September 25

HARI RAYA AIDILFITRI

Pada tarikh 7 September 2012, pusat sumber SMA Persekutuan Labu telah mengadakan jamuan akhir tahun sekaligus jamuan Hari Raya Aidilfitri 2012. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan pertukaran  Pn Wan Norhana bt Wan Arshad sebagai seorang pensyarah di IPG. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi PSS 2012 seterusnya ucapan perpisahan daripada Puan Wan Norhana binti Wan Arshad. Akhir sekali, sebagai acara kemuncak, majlis menjemput Cik Hajah Masniza binti Mohd Mustaza memberikan ucapan sebagai Guru Perpustakaan dan Media SMAP Labu menggantikan Puan Wan Norhana. Kata-kata beliau iaitu "bekerjalah bersama saya, dan bukan bekerja bersama saya" menjadi satu suntikan serta dorongan kepada semua warga PSS untuk terus bersama berganding bahu utuk meneruskan kecemerlangan PSS.:)