Selasa, Februari 26

MAJLIS PELANCARAN GAM 2013

Assalamualaikum wbh..

Terima kasih buat pengunjung yang sudi berkunjung ke blog kami ini, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan..

Secara amnya GAM atau Galakan Amalan Membaca merupakan satu program tahunan yang dirancang sejak tahun 2011 lagi. Seperti biasa majlis pelancaran bagi program ini diadakan di Dewan Seri Bestari SMAP Labu pada perhimpunan perdana Rabu yanag lalu, 20 Februari 2013.

Alhamdulillah pengetua cemerlang SMAP Labu, Puan Hajah Radziah binti Abdul Samad telah merasmikan Pelancaran GAM ini sambil diiringi oleh Guru Nilam SMAP Labu, Puan Sarilawati bt Yaakob.

Antara peristiwa yang sempat dirakam ialah










Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu NILAM.

Isnin, Februari 25

PENGGAMBARAN SMART CARD TINGKATAN 1

assalamualaikumm wbh,,,


   Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti". Begitulah nasib PSS Smap Labu yang baru sahaja kehilangan pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Akan tetapi kami dengan rasa bangganya menerima pelajar Tingkatan 1 pada tahun ini. Justeru, untuk meneruskan dan melancarkan sistem pinjaman buku yang sedia ada di PSS SMAP Labu isitu Libby Smart.

    Pihak juruteknik pada telah mengambil gambar adik-adik pelajar Tingkatan 1 pada hujung bulan Januari yang lalu. Berikut merupakan gambar-gambarnya.








Bermacam-macam karenah yang ada , ada yang malu-malu ada yang terlebih senyum ada juga yang serius habis. begitulah gelagat adik-adik Tingkatan1 SMAP Labu tahun ini.

Wassalam