Khamis, Mei 19

PROGRAM LITERASI KOMPUTER



Satu pertandingan telah diadakan pada 9 April 2011 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu. Pertandingan ini telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 Putrajaya. SMAP Labu juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar peserta bagi menyertai program literasi maklumat ini. Seramai 8 orang peserta daripada pelajar tingkatan 5 dan 2 orang daripada tingkatan 4 yang merupakan pengawas pusat sumber SMAP Labu telah menyertai program ini mewakili pasukan SMAP Labu. Usaha yang berterusan tanpa kenal erti penat lelah telah membuahkan hasil yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada pasukan SMAP Labu yang telah berjaya menumpaskan pasukan yang lain dan akhirnya gelaran juara berpihak kepada kami. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pn. Wan Norhana bt Wan Arshad dan Pn. Noraida bt Abdullah yang telah bertungkus – lumus membimbing dan mendorong kami sehingga Berjaya menempah nama SMAP Labu sebagai johan di peringkat yang membanggakan ini. Oleh itu, bagi meraikan kejayaan buat julung kalinya ini, pihak pusat sumber sekolah telah mengadakan jamuan secara kecil-kecilan.  


                                                                                                         
 






 Jamuan meraikan kemenangan yang diperolehi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA KOMEN DI SINI...