Jumaat, Disember 2

LAWATAN PENOLONG PENGARAH DAN PEGAWAI BTP UNTUK PENTARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Pusat Sumber Sekolah Telah Berjaya Memasuki Pentarafan (penilaian kedua )dan lawatan telah dilaksanakan pada 01 Disember 2011.
Pusat Sumber Sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak BTP di atas pentarafan tersebut.
























Al-Fatihah Dari Warga SMAP Labu .

Selasa, November 15

Penyampaian Hadiah PBBI

Pada bulan September yang lalu, Pihak PSS telah memberi hadiah kepada para pemenang Program Berat Badan Ideal. Semua guru dan staf sokongan hadir pada majlis tersebut.















Bacathon

Sempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan, Pihak PSS bekerjasama dengan Pihak Panitia Bahasa Melayu SMAP Labu mengadakan Program Bacathon khas untuk semua pelajar Tingkatan 3.Program ini bertujuan untuk memenuhi masa lapang pelajar Tingkatan 3 sehabismya PMR. Semua pelajar turut mengambil bahagian. Pelajar putera ditempatkan di UTP  SMAP Labu dan pelajar Puteri di PSS. Program ini berlangsung selama 2 hari.











Hari Membaca 1 Malaysia

Sempena dengan bulan Membaca 1 Malaysia, SMAP Labu turut mengambil bahagian. Semua warga Smap Labu hadir ke Dewan Seri Bestari dengan membawa sekurang-kurangnya sebuah buku. Denagn tempoh yang diberikan selama 30 minit, semua guru dan pelajar membaca dengan tekun.

Bulan Kitar Semula

Pada bulan Oktober, Kitar Semula telah menjadi tema pada bulan ini dan program ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Bersempena dengan program ini, PSS telah mengadakan pameran bertemakan kitar semula di satu sudut dalam PSS.


Pameran Bertema (Kitar Semula)

Pihak sekolah juga telah menganjurkan program ini dengan menjalankan aktiviti kitar semula barang-barang seperti kertas terpakai, surat khabar lama, botol-botol plastik, tin dan sebagainya. Pihak Pusat Sumber juga tidak melepaskan peluang dengan mengambil bahagian dalam program kitar semula tersebut. Akhbar-akhbar dan buku-buku lama yang tidak lagi sesuai untuk dibaca di perpustakaan juga turut dijual bagi mendapat hasil untuk membeli buku-buku yang baru. Program kitar semula ini juga disertai oleh para guru, para pelajar, dan staf-staf sokongan. Pihak sekolah juga menjalankan pertandingan mengumpul bahan kitar semula terbanyak. Pertandingan ini telah dijalankan mengikut kelas dan pengumpul terbanyak akan diberikan ganjaran.

Isnin, November 14

Lawatan dari PKG Nilai

Pada pertengahan bulan Oktober 2011, satu rombongan dari PKG Nilai, En. Thanesh a/l Balakrishnan melawat PSS Smap Labu untuk Penilaian PSS yang diadakan pada setiap tahun.



PSS dibaik pulih

Pada pertengahan Bulan Oktober 2011, Sudut Nilam PSS Smap Labu telah diubah suai. Lantai dan grill di bahagian Sudut nilam diubah suai. Berikutan itu, PSS telah ditutup selama beberapa hari.