Selasa, Februari 4

JAMUAN HARI RAYA DAN AKHIR TAHUN 2013

Assalamualaikum


PSS SMAPLABU telah mengadakan jamuan hari raya dan akhir tahun 2013
walaupun sebenarnya jamuan ini telah diadakan pada tahun 2013 tetapi disebabkan jamuan ini merupakan aktiviti PSS untuk menghargai kerja keras pegawas PSS dalam memastikan pusat sumber sentiasa kemas dan tersusun untuk kemudahan warga SMAPLABU...

jom kita tengok gambar yang sempat ditangkap semasa jamuan diadakan.




Pengerusi PSS memberi sepatah dua kata 

PSS perempuan beratur mengambil makanan

Pengerusi menemani GPK Hem SMAPL makan


kak nisa dan kak adoryza membuka kek

kek hari lahir kak adoryza

tak sabar untuk memotong kek

kak adoryza memotng kek sambil tersenyum








makanan terhidang untuk tetamu VVIP


Jumaat, Januari 31

TAHUN BARU 2014



Sebelum kita membuka tahun baru 2014
Marilah kita membaca doa tahun baru
"YA ALLAH..
AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI
PADA TAHUN-TAHUN LEPAS
DAN JADILAH KAMI DI TAHUN INI 
SEBAGAI HAMBAMU YANG SELALU
BER-IMAN DAN BER-TAQWA KEPADA-MU
AMIN...

Saya sebagai wakil Pengawas Pusat Sumber Sekolah
mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada
semua warga SMAP LABU...
Semoga tahun ini PSS mampu menjadi tempat rujukan 
pelajar dan guru...

Jumaat, Mei 10

MINGGU PUSAT SUMBER 2013

ASSALAMUALAIKUM WBT...


Minggu PSS datang lagi.. Oleh itu beberapa aktiviti yang menyeronokkan dan memberansangkan minda dijalankan selama seminggu bermula 16 April sehingga 19 April 2013. Sasaran Program ini adalah kepada semua warga SMAP Labu iaitu guru, staf sokongan dan juga para pelajar dari menengah atas dan bawah.

Pengisiannya;


-       Minggu Pusat sumber merupakan sebahagian daripada sukatan Perancangan Strategik Pusat sumber Sekolah di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

-      Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap minat dan prihatin akan Pusat
sumber yang ada di sekolah .


-      Selain itu, ianya dapat memberikan pelajar peluang meningkatkan pemahaman mengenai fungsi Pusat Sumber.

-       Memenangi hadiah melalui pertandingan yang diadakan  dan memupuk semangat kerjasama
dengan sesama pelajar melalui aktiviti yang telah dirancang.

Antara kekuatan program ini ialah ;

1.     Memupuk minat dan keprihatinan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
2.     Mempertingkatkan pemahaman pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
              memupuk semangat kerjasama dengan sesama pelajar melalui aktiviti yang telah dirancang




Antara gambar aktiviti yang dijalankan;


KUIZ CEPU EMAS SETIAP WAKTU PERHIMPUNAN

WRITE IT RIGHT IN MANDARIN
KHUSYUK MENCARI BAUCER DALAM BUKU
BERUSAHA LAGI MENCARI

PEMENANG YANG BERJAYA MENCARI BAUCER

PERTANDINGAN MELUKIS MUKA BUKU
SEBELUM.....


HAMPIR SIAP.....

WRITE IT RIGHT MENENGAH ATAS
WRITE IT RIGHT MEN ATAS



PESERTA MELUKIS KULIT BUKU






HADIAH KEPADA PARA PEMENANG


PENYAMPAIAN HADIAH





Sekian sahaja entri kali ... 

MOGA PSS SMAP LABU TERUS MAJU SEIRING WAKTUNYA







PAMERAN BULAN MAC DAN APRIL

Assalamualaikum ..

2013 merupakan tahun yang tidak lain tidak bukan akan berlangsung Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditunggu-tunggu. Bersempena dengan itu, pihak PSS mengambil inisiatif untuk memilih tema PILIHANRAYA UMUM sebagai tema bagi bulan Mac dan April.

Sebagai buktinya, kami sertakan beberapa gambar pameran kami..


Buku Panduan mengundi sebagai pendedahan kepada pelajar yang bakal menjadi pengundi pada masa yang akan datang.


Contoh bendera Parti Politik yang bertanding dalam PRU bersama Pegawwai SPR yang bertugas


Sekian sahaja entri kami kali ini.

Selasa, Februari 26

MAJLIS PELANCARAN GAM 2013

Assalamualaikum wbh..

Terima kasih buat pengunjung yang sudi berkunjung ke blog kami ini, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan..

Secara amnya GAM atau Galakan Amalan Membaca merupakan satu program tahunan yang dirancang sejak tahun 2011 lagi. Seperti biasa majlis pelancaran bagi program ini diadakan di Dewan Seri Bestari SMAP Labu pada perhimpunan perdana Rabu yanag lalu, 20 Februari 2013.

Alhamdulillah pengetua cemerlang SMAP Labu, Puan Hajah Radziah binti Abdul Samad telah merasmikan Pelancaran GAM ini sambil diiringi oleh Guru Nilam SMAP Labu, Puan Sarilawati bt Yaakob.

Antara peristiwa yang sempat dirakam ialah










Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu NILAM.