Jumaat, Mei 10

PAMERAN BULAN MAC DAN APRIL

Assalamualaikum ..

2013 merupakan tahun yang tidak lain tidak bukan akan berlangsung Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditunggu-tunggu. Bersempena dengan itu, pihak PSS mengambil inisiatif untuk memilih tema PILIHANRAYA UMUM sebagai tema bagi bulan Mac dan April.

Sebagai buktinya, kami sertakan beberapa gambar pameran kami..


Buku Panduan mengundi sebagai pendedahan kepada pelajar yang bakal menjadi pengundi pada masa yang akan datang.


Contoh bendera Parti Politik yang bertanding dalam PRU bersama Pegawwai SPR yang bertugas


Sekian sahaja entri kami kali ini.

Selasa, Februari 26

MAJLIS PELANCARAN GAM 2013

Assalamualaikum wbh..

Terima kasih buat pengunjung yang sudi berkunjung ke blog kami ini, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan..

Secara amnya GAM atau Galakan Amalan Membaca merupakan satu program tahunan yang dirancang sejak tahun 2011 lagi. Seperti biasa majlis pelancaran bagi program ini diadakan di Dewan Seri Bestari SMAP Labu pada perhimpunan perdana Rabu yanag lalu, 20 Februari 2013.

Alhamdulillah pengetua cemerlang SMAP Labu, Puan Hajah Radziah binti Abdul Samad telah merasmikan Pelancaran GAM ini sambil diiringi oleh Guru Nilam SMAP Labu, Puan Sarilawati bt Yaakob.

Antara peristiwa yang sempat dirakam ialah










Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu NILAM.

Isnin, Februari 25

PENGGAMBARAN SMART CARD TINGKATAN 1

assalamualaikumm wbh,,,


   Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti". Begitulah nasib PSS Smap Labu yang baru sahaja kehilangan pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Akan tetapi kami dengan rasa bangganya menerima pelajar Tingkatan 1 pada tahun ini. Justeru, untuk meneruskan dan melancarkan sistem pinjaman buku yang sedia ada di PSS SMAP Labu isitu Libby Smart.

    Pihak juruteknik pada telah mengambil gambar adik-adik pelajar Tingkatan 1 pada hujung bulan Januari yang lalu. Berikut merupakan gambar-gambarnya.








Bermacam-macam karenah yang ada , ada yang malu-malu ada yang terlebih senyum ada juga yang serius habis. begitulah gelagat adik-adik Tingkatan1 SMAP Labu tahun ini.

Wassalam

Jumaat, Januari 18

Temuduga Pelajar Tingkatan 1

Assalamualaikum....


Pada bulan Disember yang lalu, PSS telah menjadi tempat untuk mengadakan satu temuduga bagi semua pelajar Tingkatan 1 sesi 2013. Temuduga ini dihadiri oleh para calon murid tingkatan 1 tahun 2013. Dengan berpakaian uniform sekolah rendah mereka hadir ke SMAP Labu buat julung kalinya bersama ibu bapa.

Sabar dan resah gelisah ketika menuggu giliran

Peserta temuduga


Ada yang menunjukkan bakat ketika ditemuduga


Guru-guru yang mengendalikan temuduga



Sekian sahaja entri kali ini.


Aktiviti Keceriaan

Assalamualaikum,,,

     Pada bulan yang lalu, Pengawas pusat sumber telah sepakat untuk membuat satu pembaharuan untuk PSS sekolah dengan menambah beberapa sedikit elemen-elemen keceriaan. Dengan itu, semua pengawas berkumpul untuk mengadakan gotong-royong setelah tamat peperiksaan akhir tahun. Sehubungan dengan itu, para pengawas yang berjiwa seni telah menggubah satu coorak bagi menghiasi dinding luar Pusat Sumber.




Guru Pendidikan Seni Visual SMAP Labu, En Shamsuri telah membantu pihak kami dengan tunjuk ajar yang berguna sebelum memulakan aktiviti.




Para Pustakawan turut membantu memantau aktiviti pelajar.



Alhamdulillah, akhirnya semua yang dirancang menjadi. 


Sekian.