Rabu, Mac 21

LAWATAN DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN INDONESIA













Sekolah Menengah Agama Persekutruan Labu telah menerima lawatan daripada Kementerian Pelajaran Indonesia pada 2 Februari 2012. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mereka bagaimana sistem perpustakaan dijalankan di sekolah-sekolah negara Malaysia. Di samping itu, kami dapat bertukar-tukar pendapat tentang sistem yang dilaksanakan dalam negara masing-masing. Hal ini dapat menjadikan hubungan silaturahim antara kami menjadi erat. Kami berharap agar hubungan persaudaraan kami tidak terhenti sampai di sini sahaja. Semoga kita dipertemukan lagi di lain masa.

Jumaat, Februari 24

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Alhamdulillah, majlis watikah perlantikan bagi pengawas pusat sumber telah diadakan pada 1 Februari 2012. Majlis ini telah berjalan dengan lancar di Dewan Sri Bestari. Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik oleh pihak sekolah.




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Sesi persekolahan 2012 telah bermula pada 4 Januari 2012 bersamaan hari rabu. Semua warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah kembali ke sekolah dengan azam yang baru. Diharapkan agar tahun baru 2012 ini dapat menyuntik semangat yang jitu terhadap semua warga sekolah bagi membangunkan sekolah ke arah kegemilangan yang lebih gah di persada antarabangsa.  







Jumaat, Disember 2

LAWATAN PENOLONG PENGARAH DAN PEGAWAI BTP UNTUK PENTARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Pusat Sumber Sekolah Telah Berjaya Memasuki Pentarafan (penilaian kedua )dan lawatan telah dilaksanakan pada 01 Disember 2011.
Pusat Sumber Sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak BTP di atas pentarafan tersebut.
























Al-Fatihah Dari Warga SMAP Labu .