Isnin, November 14

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

       Pada bulan September 2011, PSS Smap Labu telah mengadakan satu majlis buat julung kalinya diadakan oleh PSS Smap  Labu iaitu Jamuan hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Kafeteria Nadhratunnaim. Tuan Pengetua, Puan Hajah Radziah dan Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Syed Dzulkarnain  telah datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Selain itu juga, Puan Wan Norhana bt Wan Arshad selaku Guru GPM Smap Labu turut hadir bersama hadir   Cik Siti Anisah dan Cik Siti Adoryza selaku perpustakawan. Terdapat banyak menu yang disediakan, antaranya ialah ketupat, rendang, lemang, sate dan banyak lagi. Semua PSS turut  hadir pada jamuan  tersebut, Jamuan berakhir pada jam 5.30 petang.






Khamis, September 22

Pengambilan buku daripada Asia Foundation

Asia Foundation telah bersetuju untuk menghadiahkan dua buah kotak buku-buku ilmiah kepada SMAP Labu. Pada 22 Jun 2011, GPM SMAP Labu telah pergi ke ASIA Foundation yang terletak di Kelana Jaya dan  membawa 10 buah kotak untuk diserahkan kepada beberapa buah sekolah sekitar SMAP Labu.

Penyerahan buku Asia Foundation kepada sekolah-sekolah disekitar SMAP Labu

GPM SMAP Labu telah berjaya mendapat sponsor buku daripada ASIA Foundation Malaysia. Buku-buku yang dipeolehii akan diagihkan kepada beberapa buah sekolah di sekitar SMAP Labu. Diantar sekolah yang telah mengambil buku-buku tersebut ialah, SK Dato Shahbandar Abu Bakar, SM Agama Nilai. SMK Shahardin, SK Tekir dan SK Labu Hulu

Lawatan dari SK Keru, Tampin

Pada 22 Jun 2011 rombongan dari SK Keru telah mengunjungi SMAP Labu. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi PSS SMAP Labu. GPM SMAP dan GPM SK Keru telah berkongsi idea mengenai aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah masing-masing.

Pertandingan Hari Kerjaya Peringkat SBP anjuran Bimbingan dan Kaunseling

Pertandingan Hari Kerjaya peringkat SBP Selatan anjuran Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan di SMAP Labu pada 15 Jun 2011. PSS pula telah dipilih sebagai salah satu tempat pertandingan. Sekumpulan pelajar dari SBPI Jempol, SMS Tuanku Jaafar, Sekolah Tun Fatimah dan sebagainya telah mengunjungi PSS SMAP Labu.