Khamis, Oktober 14
Taklimat Pengawas Pusat Sumber sesi 2010/2011
Taklimat ringkas kepada Pengawas PSS SMAP Labu telah diadakan pada 12 Oktober 2010 di PSS. Di antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai pelantikan AJK baru, Ahli Exco PSS, Jamuan Akhir Tahun, pakaian seragam PSS, yuran tahunan, aktiviti dan sebagainya. Seramai 22 orang Pengawas PSS telah hadir. Namun, sebilangan pengawas PSS tidak dapat hadir kerana terlibat denga jadual waktu anjal dan kelas petang.
Penutupan Program Galakan Membaca (GAM) 2010
Penutupan Program GAM akan dilaksanakan pada Hari Kokurikulum sekolah bersamaan 10 November 2010. Para pemenang yang menjadi Johan Pembaca Terbanyak dan Anugerah kreatif setiap bulan akan menerima sijil penghargaan daripada PSS SMAPL. Program ini telah membuka mata warga SMAP Labu untuk berkunjung ke PSS dan meminjam buku-buku di PSS untuk di baca. Besar kemungkinan Program GAM ini akan diteruskan pada tahun depan dengan kepelbagaian aktiviti. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!
Rabu, Ogos 25
Penggredan Pusat Sumber dari Pusat Kegiatan Guru, Nilai
Pada 23 Ogos 2010. En Muhamad Rizal b Ariffin , Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Nilai telah datang ke SM Agama Persekutuan Labu untuk pengredan Pusat Sumber 2010. Keputusan pengredan tersebut hanya akan diketahui selepas pentarafan PSS dilakukan oleh Jawatankuasa Pentarafan Peringkat Negeri yang akan diadakan mulai 27 September sehingga 8 Oktober 2010. Adalah diharapkan semoga SMAP Labu akan berjaya mengekalkan pangkat 'A' sekali lagi pada tahun ini.
Latihan guru-guru pratikal dari Institiut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA)
Seramai 4 orang guru pratikal dari IPBA telah datang ke SMAP Labu pada 19 hingga 23 Julai 2010. Mereka telah berkunjung ke Pusat Sumber dan menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi rujukan dan mereka telah mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama daripada pihak kami.
Rabu, Ogos 11
Penggredan Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Nilai 2010
Penggredan Pusat Sumber Sekolah ahli PKG Nilai 2010 sedang dijalankan pada bulan Ogos ini. SMAP Labu akan menerima rombongan penggredan yang diketuai oleh En Rizal b Ariffin, Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG, Nilai pada 23 Ogos 2010. PSS SMAP Labu mengucapkan Selamat Berjaya kepada GPM dan para guru yang bertanggungjawab kepada bilik-bilik dan program di bawah PSS.
Langgan:
Catatan (Atom)