Jumaat, Januari 18

Temuduga Pelajar Tingkatan 1

Assalamualaikum....


Pada bulan Disember yang lalu, PSS telah menjadi tempat untuk mengadakan satu temuduga bagi semua pelajar Tingkatan 1 sesi 2013. Temuduga ini dihadiri oleh para calon murid tingkatan 1 tahun 2013. Dengan berpakaian uniform sekolah rendah mereka hadir ke SMAP Labu buat julung kalinya bersama ibu bapa.

Sabar dan resah gelisah ketika menuggu giliran

Peserta temuduga


Ada yang menunjukkan bakat ketika ditemuduga


Guru-guru yang mengendalikan temuduga



Sekian sahaja entri kali ini.


Aktiviti Keceriaan

Assalamualaikum,,,

     Pada bulan yang lalu, Pengawas pusat sumber telah sepakat untuk membuat satu pembaharuan untuk PSS sekolah dengan menambah beberapa sedikit elemen-elemen keceriaan. Dengan itu, semua pengawas berkumpul untuk mengadakan gotong-royong setelah tamat peperiksaan akhir tahun. Sehubungan dengan itu, para pengawas yang berjiwa seni telah menggubah satu coorak bagi menghiasi dinding luar Pusat Sumber.




Guru Pendidikan Seni Visual SMAP Labu, En Shamsuri telah membantu pihak kami dengan tunjuk ajar yang berguna sebelum memulakan aktiviti.




Para Pustakawan turut membantu memantau aktiviti pelajar.



Alhamdulillah, akhirnya semua yang dirancang menjadi. 


Sekian.






Selasa, Januari 15

BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama pihak PSS SMAP Labu tidak 'mengupdate' blog ini.

Masih belum terlambat lagi untuk Pihak kami mengucapkan "Selamat Tahun Baharu 2013"


Bersempana dengn itu, seperti biasa bagi anak-anak SMA Persekutuan Labu, sambutan Tahun Baharu juga bermakna sambutan untuk pulang ke Sekolah kembali bagi meneruskan sesi persekolahan 2013. Semoga Azam yang baharu yang dicitakan menjadi kenyataan.

Oleh itu, Entri bagi 2013 akan dimulakan dengan PAMERAN BERTEMA bagi Bulan Januari 2013, seperti biasa, PSS SMAP LABU telah memilih Tema "Kembali KE Sekolah" sebagai tema untuk bulan Januari ini.

Berikut merupakan antara gambar pameran tersebut;




 Setelah sekian lama meninggalkan buku ketika  cuti sekolah, akhirnya...





Sekian sahaja.. entri kali ini. khabar daripada PSS SMAP Labu.



Isnin, November 19

HADIAH GAM





Assalamuailaikum.. 

Entri kali ini berkaitan dengan Penyampaian Hadiah GAM (Galakan Amalan Membaca) yang juga akan menutup tirainya untuk tahun 2012. Oleh itu, Pn Sharifah Zalehah bt Syed Sulong selaku Guru Nilam PSS telah mengiringi Puan Hjh Radziah bt Abd Samad , Pengetua Cemerlang SMAP LABU bagi menyampaikan hadiah GAM kali ini.









Penggredan PSS 2012

Assalamualaikum...

Pusat Sumber SMA Persekutuan Labu telah didatangi oleh Pegawai dari PKG Nilai, En Thanesh A/L Balakrishnan. Tujuannya adalah untuk menggred PSS SMAP Labu bagi tahun 2012. Semua persiapan telah dilakukan dan disiapkan oleh Pihak PSS termasuk penyusunan dan kemaskinian fail-fai PSS. Phaik Sekolah sendiri telah melakukan penggredan sebelum ini. Markah yang diberikan ialh sebanyak 97%. Cik Hjh Nur Masniza bt Mohd Mustaza selaku GPM yang baru sahaja menggantikan GPM yang lama, Pn Hjh Wan Norhana bt Wan Arshad telah menyambut kedatangan Pegawai dari PKG Nilai tersebut. Setelah menilai semua aspek-aspek yang penting, markah yang diberikan kepada Pusat Sumber Seklah adalha sebanyak 99%. Walaupun susut sebanyak 1% berbanding tahun 2011, pencapaian ini masih boleh dibanggakan.
 Pihak kami turut menyertakan gambar-gambar semasa  sesi penggredan berlangsung.