Selasa, September 25

HARI RAYA AIDILFITRI

Pada tarikh 7 September 2012, pusat sumber SMA Persekutuan Labu telah mengadakan jamuan akhir tahun sekaligus jamuan Hari Raya Aidilfitri 2012. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan pertukaran  Pn Wan Norhana bt Wan Arshad sebagai seorang pensyarah di IPG. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi PSS 2012 seterusnya ucapan perpisahan daripada Puan Wan Norhana binti Wan Arshad. Akhir sekali, sebagai acara kemuncak, majlis menjemput Cik Hajah Masniza binti Mohd Mustaza memberikan ucapan sebagai Guru Perpustakaan dan Media SMAP Labu menggantikan Puan Wan Norhana. Kata-kata beliau iaitu "bekerjalah bersama saya, dan bukan bekerja bersama saya" menjadi satu suntikan serta dorongan kepada semua warga PSS untuk terus bersama berganding bahu utuk meneruskan kecemerlangan PSS.:)



























 

AMBANG MERDEKA

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah mengadakan malam ambang merdeka bagi menyambut kemerdekaan yang ke 55 bagi tahun 2012. Majlis ini telah berjalan pada 30 Ogos 2012 jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan pelbagai pertandingan dan persembahan yang menarik. Pihak pusat sumber juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi program galakan bulan Ogos dan pertandingan buku skrap merdeka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


















Khamis, Ogos 30

TEMUDUGA PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMAPL 2013

Satu temuduga telah dijalankan bagi memilih ahli perpustakawan yang baru untuk tahun 2013. Temuduga ini telah dijalankan pada 15 Ogos dan 29 Ogos 2012. Waktu yang telah ditetapkan bagi sesi temuduga ini adalah pada waktu rehat para pelajar iaitu pada jam 10.10 hingga 10.30. Sesi temuduga ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar. Seramai 25 orang pelajar yang terdiri dalam kalangan pelajar tingkatan dua dn enam rendah yang telah hadir untuk sesi temuduga pengawas pusat sumber 2013. Sesi temuduga ini juga telah berjalan dengan lancar. Kami berharap agar sesi temuduga ini dapat melahirkan para pengawas pusat sumber yang lebih berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pada tahun 2013.