Isnin, Julai 9

PAMERAN BULAN JUN

Satu pameran telah diadakan pada bulan Jun. Pameran ini bertemakan bulan kesihatan. Oleh itu, pelbagai produk kesihatan telah dipamerkan di perpustakaan Smap Labu. Ramai pelajar juga telah hadir bagi mendapatkan maklumat tentang kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Para guru juga tidak melepaskan peluang melihat pameran yang terdapat di perpustakaan Smap Labu. Pameran ini berjalan dengan lancar dan sangat menarik.



BULAN NEGERI SEMBILAN

Bulan April dan Mei merupakan bulan bagi negeri sembilan di Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan. Oleh itu, pihak pusat sumber telah mengadakan pameran bagi bulan tersebut. Ramai pelajar yang hadir bagi melihat pameran yang dijalankan. Hal ini demikian kerana pameran-pameran yang dijalankan sangat menarik dan mampu memberikan maklumat yang sangat penting bagi Negeri Sembilan.










Isnin, Julai 2

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU PUSAT SUMBER 2012

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami, warga pusat sumber menjalankan majlis perasmian penutupan minggu pss dengan jayanya pada hari ini iaitu 16 Mei 2012. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh Radziah bt Abdul Samad. Walaupun terdapat banyak kesilapan teknikal, akan tetapi, majlis ini berjalan dengan lancar. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan multimedia serta persembahan Ulasan Buku yang telah disampaikan oleh Nur Husna Fathini bt Sulaiman yang merupakan pemenang Emas. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Walaupun ia mengambil masa yang lama, tetapi ia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai oleh pihak pusat sumber kepada penyertaan para pelajar Smapl. Tahniah kepada para pemenang. Diharapkan majlis seperti ini dapat dijalankan pada tahun hadapan. Insyaallah. MAJULAH PUSAT SUMBER UNTUK SMAP LABU.

























TAKLIMAT PEMPROSESAN BUKU

Pada 24 Februari 2012, satu taklimat telah diadakan bagi memberi penerangan tentang cara-cara pemprosesan buku. Taklimat ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya ucapan daripada Guru Penyelaras Media iaitu Puan Hajah Wan Norhana bt Wan Arshad. Setelah itu, ucapan daripada Pengerusi Pengawas Pusat Sumber iaitu saudari Nur Balqis bt Mohd Badawi. Seterusnya, setiap pengawas perpustakaan menjalankan tugas masing-masing setelah diberikan penerangan terhadap pemprosesan buku. Alhamdulillah....semua berjalan dengan lancar.




































Rabu, Mac 21

LAWATAN DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN INDONESIA













Sekolah Menengah Agama Persekutruan Labu telah menerima lawatan daripada Kementerian Pelajaran Indonesia pada 2 Februari 2012. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mereka bagaimana sistem perpustakaan dijalankan di sekolah-sekolah negara Malaysia. Di samping itu, kami dapat bertukar-tukar pendapat tentang sistem yang dilaksanakan dalam negara masing-masing. Hal ini dapat menjadikan hubungan silaturahim antara kami menjadi erat. Kami berharap agar hubungan persaudaraan kami tidak terhenti sampai di sini sahaja. Semoga kita dipertemukan lagi di lain masa.