Isnin, Julai 2

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU PUSAT SUMBER 2012

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami, warga pusat sumber menjalankan majlis perasmian penutupan minggu pss dengan jayanya pada hari ini iaitu 16 Mei 2012. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh Radziah bt Abdul Samad. Walaupun terdapat banyak kesilapan teknikal, akan tetapi, majlis ini berjalan dengan lancar. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan multimedia serta persembahan Ulasan Buku yang telah disampaikan oleh Nur Husna Fathini bt Sulaiman yang merupakan pemenang Emas. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Walaupun ia mengambil masa yang lama, tetapi ia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai oleh pihak pusat sumber kepada penyertaan para pelajar Smapl. Tahniah kepada para pemenang. Diharapkan majlis seperti ini dapat dijalankan pada tahun hadapan. Insyaallah. MAJULAH PUSAT SUMBER UNTUK SMAP LABU.

























TAKLIMAT PEMPROSESAN BUKU

Pada 24 Februari 2012, satu taklimat telah diadakan bagi memberi penerangan tentang cara-cara pemprosesan buku. Taklimat ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya ucapan daripada Guru Penyelaras Media iaitu Puan Hajah Wan Norhana bt Wan Arshad. Setelah itu, ucapan daripada Pengerusi Pengawas Pusat Sumber iaitu saudari Nur Balqis bt Mohd Badawi. Seterusnya, setiap pengawas perpustakaan menjalankan tugas masing-masing setelah diberikan penerangan terhadap pemprosesan buku. Alhamdulillah....semua berjalan dengan lancar.




































Rabu, Mac 21

LAWATAN DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN INDONESIA













Sekolah Menengah Agama Persekutruan Labu telah menerima lawatan daripada Kementerian Pelajaran Indonesia pada 2 Februari 2012. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mereka bagaimana sistem perpustakaan dijalankan di sekolah-sekolah negara Malaysia. Di samping itu, kami dapat bertukar-tukar pendapat tentang sistem yang dilaksanakan dalam negara masing-masing. Hal ini dapat menjadikan hubungan silaturahim antara kami menjadi erat. Kami berharap agar hubungan persaudaraan kami tidak terhenti sampai di sini sahaja. Semoga kita dipertemukan lagi di lain masa.

Jumaat, Februari 24

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Alhamdulillah, majlis watikah perlantikan bagi pengawas pusat sumber telah diadakan pada 1 Februari 2012. Majlis ini telah berjalan dengan lancar di Dewan Sri Bestari. Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik oleh pihak sekolah.




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Sesi persekolahan 2012 telah bermula pada 4 Januari 2012 bersamaan hari rabu. Semua warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah kembali ke sekolah dengan azam yang baru. Diharapkan agar tahun baru 2012 ini dapat menyuntik semangat yang jitu terhadap semua warga sekolah bagi membangunkan sekolah ke arah kegemilangan yang lebih gah di persada antarabangsa.