Rabu, Mei 4

Program Membaca bersama Datuk Michelle Yeoh

Seramai 40 orang Pengawas PSS SMAP Labu telah dipilih untuk menyertai Program Membaca bersama Datuk Michelle Yeoh pada 25 Mac 2011. Mereka telah diiringi oleh GPM, Pn Wan Norhana Wan Arshad dan dua orang Perpustakawan Cik Anisah bt Kassim dan Cik Siti Adoryza bt Mohd Nasir. Program itu telah diadakan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. Program itu telah juga disertai oleh sekolah SBP disekitar bandar Seremban iaitu Tunku Kurshiah Kolej, SM Tunku Munawir dan SDAR. Pelajar berasa teruja kerana dapat mengenali Datuk Michelle Yeoh dan mendapat hadiah buku terbitan Sheikh Muzaffar, Angkasawan Negara. Program ini telah dapat membuka minda para pelajar untuk menjadikan budaya membaca sebagai gaya hidup mereka.


Lawatan Pegawai PKG, Nilai ke PSS

En Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG, Nilai telah berkunjung ke Pusat Sumber  SMAP Labu pada 10 Mac 2011. Beliau telah datang untuk berbincang mengenai Kursus Pembinaan Laman Blog yang akan diadakan di Makmal ICT SMAP Labu.

Lawatan Bekas Pengawas Pusat Sumber 2010

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh dua orang bekas Pengawas PSS 2010 iaitu Nur Afifah Nasuha dan Izzati Ahmad Zukri pada 23 Mac 2011. Mereka amat berbangga dengan keceriaan PSS yang semakin mantap. Mereka sebenarnya hadir ke sekolah kerana mengambil keputusan SPM 2010. Alhamdulilah kedua-dua bekas Pengawas ini telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Tahniah diucapkan.

Selasa, Mac 8

Pemenang Program GAM bulan Februari 2011

Pada 25 Februari 2011, PSS telah berjaya mengenalpasti pemenang Program GAM bulan Feb. Para pemenang program tersebut telah menerima hadiah daripada PK Akademik, Tn Syed Dzulkarnain b Syed Nordin pada hari Isnin 28 Februari 2011 di Dewan Seri Bestari. Di antara pemenang-pemenangnya ialah bagi kategori Menengah Rendah, NurBalqis bt Mohd Badawi dan Menengah Atas ialah Muhd Akmal b Arshad. Bagi guru pula, pemenangnya ialah Pn Hjh. Salihah bt Hj. Abu Hassan. Rumah umar pula telah menjadi Johan rumah pembaca terbanyak bulan Februari. Tahniah diucapkan kepada semua!

Pelancaran Program Galakan Membaca 2011

Pelancaran Program Galakan Membaca 2011 (GAM) telah diadakan 2 Februari 2011. Program ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Pengetua Cemerlang, Pn Hjh. Radziah bt Abdul Samad. Tema Program GAM pada tahun ini ialah "Membaca Mempertajamkan Minda". Program ini adalah lanjutan dari Program GAM yang telah bermula pada tahun lepas. Program GAM ini telah berjaya menarik minat warga SMAP Labu khususnya para pelajar untuk berkunjung ke Pusat Sumber dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada cara hidup mereka.