Pada 25 Februari 2011, PSS telah berjaya mengenalpasti pemenang Program GAM bulan Feb. Para pemenang program tersebut telah menerima hadiah daripada PK Akademik, Tn Syed Dzulkarnain b Syed Nordin pada hari Isnin 28 Februari 2011 di Dewan Seri Bestari. Di antara pemenang-pemenangnya ialah bagi kategori Menengah Rendah, NurBalqis bt Mohd Badawi dan Menengah Atas ialah Muhd Akmal b Arshad. Bagi guru pula, pemenangnya ialah Pn Hjh. Salihah bt Hj. Abu Hassan. Rumah umar pula telah menjadi Johan rumah pembaca terbanyak bulan Februari. Tahniah diucapkan kepada semua!
Selasa, Mac 8
Pelancaran Program Galakan Membaca 2011
Pelancaran Program Galakan Membaca 2011 (GAM) telah diadakan 2 Februari 2011. Program ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Pengetua Cemerlang, Pn Hjh. Radziah bt Abdul Samad. Tema Program GAM pada tahun ini ialah "Membaca Mempertajamkan Minda". Program ini adalah lanjutan dari Program GAM yang telah bermula pada tahun lepas. Program GAM ini telah berjaya menarik minat warga SMAP Labu khususnya para pelajar untuk berkunjung ke Pusat Sumber dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada cara hidup mereka.
Isnin, Februari 14
PROMOSI BUKU NILAM
Pada 1 Februari 2011 bersamaan dengan hari Selasa, perpustakaan Smap Labu telah membuat promosi buku nilam. Para pelajar Smap Labu boleh mendapatkan buku nilam dengan harga RM0.50 sen hanya pada hari tersebut sahaja. Objektif bagi promosi ini adalah bagi menggalakkan para pelajar Smap Labu membeli dengan banyak sekali gus dapat menghabiskan buku-buku yang telah dibeli disamping membaca. Promosi tersebut berjalan dengan lancar dan ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar Smap Labu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembelian buku nilam pada hari tersebut ialah sebanyak 31 buah buku melebihi daripada hari-hari yang biasa. Smap Labu juga telah menerima seramai 18 orang pelajar tingkatan 4 yang baru. Pelajar-pelajar ini juga tidak melepaskan peluang untuk meminjam buku di perpustakaan.Smap Labu.
Rabu, Januari 19
Watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber SMAP Labu 2011
Majlis Pelantikan Pengawas PSS telah diadakan serentak dengan pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan pada 17 Januari 2011 di Dewan Seri Bestari, SMAP Labu. Puan Hjh. Radziah bt Abd Samad, Pengetua Cemerlang SMAP Labu telah menyerahkan watikah pelantikan kepada 38 pelajar yang telah dipilih sebagai pengawas PSS sekolah. Bacaan ikrar PSS telah diketuai oleh Ahmad Nabil Akhtar b Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Pengawas PSS SMAP sesi 2011. Tahniah ke[pada semua pengawas PSS keran telah dilantik. Adalah diharapkan bahawa semua pengawas PSS akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab.
Selasa, Januari 11
Mesyuarat AJK Induk Pusat Sumber SMAP Labu pertama 2011
Mesyuarat kali pertama AJK Induk SMAP Labu telah diadakan pada 11 Januari 2011 di Bilik UTP. Seramai 23 orang ahli AJK telah sudi hadir. Diantara agenda yang dibincangkan adlaah mengenai perancangan strategik PSS bagi tahun 2011, anggaran perbelanjaan, aktiviti PSS, penyenggelaraan bilik-bilik PSS dan Program NILAM/GAM 2011. PSS SMAP Labu akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mengekalkan kecemerlangan PSS selari dengan misi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Langgan:
Catatan (Atom)