Rabu, Mei 4

Pemenang GAM 2011 bagi bulan Mac 2011

Pada 30 Mac 2011, PSS telah berjaya mengenalpasti pemenang Program GAM bulan Mac. Para pemenang program tersebut telah menerima hadiah daripada Pengetua Cemerlang SMAP Labu, Pn Hjh Radziah bt Abdul Samad di Dewan Seri Bestari. Di antara pemenang-pemenangnya ialah bagi kategori Menengah Rendah, ialah Abdunloh Daoh dan Menengah Atas ialah Nur Balqis bt Mohd Badawi  Kedua-dua mereka merupakan Pengawas Pusat Sumber. Bagi guru pula,juaranya ialah Pn Hjh.Eshah bt Embi manakala Pn Rahayu Kandar telah memenangi Anugerah Penulis Synopsis Kreatif.  Pn Siti Rohani bt Jamaluddin pula merupakan pemenang bagi kakitangan SMAPL.  Rumah Umar pula telah menjadi Johan rumah pembaca terbanyak sekali lagi. Tahniah diucapkan kepada semua!

Lawatan SK Seri Ketereh, Kelantan ke PSS SMAP Labu.

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh rombongan dari SK Seri Ketereh, Kelantan pada 30 Mac 2011. Seramai lebih kurang 15 orang peserta yang terdiri daripada pihak pentadbir sekolah dan para guru telah melawat PSS SMAP Labu.. Mereka telah memberi komen yang memberangsangkan tentang PSS SMAP Labu. Adalah diharapkan komen-komen membina ini dapat memberi inspirasi kepada AJK PSS SMAP Labu untuk lebih maju.



Program Membaca bersama Datuk Michelle Yeoh

Seramai 40 orang Pengawas PSS SMAP Labu telah dipilih untuk menyertai Program Membaca bersama Datuk Michelle Yeoh pada 25 Mac 2011. Mereka telah diiringi oleh GPM, Pn Wan Norhana Wan Arshad dan dua orang Perpustakawan Cik Anisah bt Kassim dan Cik Siti Adoryza bt Mohd Nasir. Program itu telah diadakan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. Program itu telah juga disertai oleh sekolah SBP disekitar bandar Seremban iaitu Tunku Kurshiah Kolej, SM Tunku Munawir dan SDAR. Pelajar berasa teruja kerana dapat mengenali Datuk Michelle Yeoh dan mendapat hadiah buku terbitan Sheikh Muzaffar, Angkasawan Negara. Program ini telah dapat membuka minda para pelajar untuk menjadikan budaya membaca sebagai gaya hidup mereka.


Lawatan Pegawai PKG, Nilai ke PSS

En Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG, Nilai telah berkunjung ke Pusat Sumber  SMAP Labu pada 10 Mac 2011. Beliau telah datang untuk berbincang mengenai Kursus Pembinaan Laman Blog yang akan diadakan di Makmal ICT SMAP Labu.

Lawatan Bekas Pengawas Pusat Sumber 2010

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh dua orang bekas Pengawas PSS 2010 iaitu Nur Afifah Nasuha dan Izzati Ahmad Zukri pada 23 Mac 2011. Mereka amat berbangga dengan keceriaan PSS yang semakin mantap. Mereka sebenarnya hadir ke sekolah kerana mengambil keputusan SPM 2010. Alhamdulilah kedua-dua bekas Pengawas ini telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Tahniah diucapkan.