Rabu, Mei 4

Lawatan Pegawai PKG, Nilai ke PSS

En Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG, Nilai telah berkunjung ke Pusat Sumber  SMAP Labu pada 10 Mac 2011. Beliau telah datang untuk berbincang mengenai Kursus Pembinaan Laman Blog yang akan diadakan di Makmal ICT SMAP Labu.

Lawatan Bekas Pengawas Pusat Sumber 2010

PSS SMAP Labu telah dikunjungi oleh dua orang bekas Pengawas PSS 2010 iaitu Nur Afifah Nasuha dan Izzati Ahmad Zukri pada 23 Mac 2011. Mereka amat berbangga dengan keceriaan PSS yang semakin mantap. Mereka sebenarnya hadir ke sekolah kerana mengambil keputusan SPM 2010. Alhamdulilah kedua-dua bekas Pengawas ini telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Tahniah diucapkan.

Selasa, Mac 8

Pemenang Program GAM bulan Februari 2011

Pada 25 Februari 2011, PSS telah berjaya mengenalpasti pemenang Program GAM bulan Feb. Para pemenang program tersebut telah menerima hadiah daripada PK Akademik, Tn Syed Dzulkarnain b Syed Nordin pada hari Isnin 28 Februari 2011 di Dewan Seri Bestari. Di antara pemenang-pemenangnya ialah bagi kategori Menengah Rendah, NurBalqis bt Mohd Badawi dan Menengah Atas ialah Muhd Akmal b Arshad. Bagi guru pula, pemenangnya ialah Pn Hjh. Salihah bt Hj. Abu Hassan. Rumah umar pula telah menjadi Johan rumah pembaca terbanyak bulan Februari. Tahniah diucapkan kepada semua!

Pelancaran Program Galakan Membaca 2011

Pelancaran Program Galakan Membaca 2011 (GAM) telah diadakan 2 Februari 2011. Program ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Pengetua Cemerlang, Pn Hjh. Radziah bt Abdul Samad. Tema Program GAM pada tahun ini ialah "Membaca Mempertajamkan Minda". Program ini adalah lanjutan dari Program GAM yang telah bermula pada tahun lepas. Program GAM ini telah berjaya menarik minat warga SMAP Labu khususnya para pelajar untuk berkunjung ke Pusat Sumber dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada cara hidup mereka.

Isnin, Februari 14

PROMOSI BUKU NILAM

       Pada 1 Februari 2011 bersamaan dengan hari Selasa, perpustakaan Smap Labu telah membuat promosi buku nilam. Para pelajar Smap Labu boleh mendapatkan buku nilam dengan harga RM0.50 sen hanya pada hari tersebut sahaja. Objektif bagi promosi ini adalah bagi menggalakkan para pelajar Smap Labu membeli dengan banyak sekali gus dapat menghabiskan buku-buku yang telah dibeli disamping membaca. Promosi tersebut berjalan dengan lancar dan ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar Smap Labu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembelian buku nilam pada hari tersebut ialah sebanyak 31 buah buku melebihi daripada hari-hari yang biasa. Smap Labu juga telah menerima seramai 18 orang pelajar tingkatan 4 yang baru. Pelajar-pelajar ini juga tidak melepaskan peluang untuk meminjam buku di perpustakaan.Smap Labu.