Isnin, Februari 14

PROMOSI BUKU NILAM

       Pada 1 Februari 2011 bersamaan dengan hari Selasa, perpustakaan Smap Labu telah membuat promosi buku nilam. Para pelajar Smap Labu boleh mendapatkan buku nilam dengan harga RM0.50 sen hanya pada hari tersebut sahaja. Objektif bagi promosi ini adalah bagi menggalakkan para pelajar Smap Labu membeli dengan banyak sekali gus dapat menghabiskan buku-buku yang telah dibeli disamping membaca. Promosi tersebut berjalan dengan lancar dan ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar Smap Labu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembelian buku nilam pada hari tersebut ialah sebanyak 31 buah buku melebihi daripada hari-hari yang biasa. Smap Labu juga telah menerima seramai 18 orang pelajar tingkatan 4 yang baru. Pelajar-pelajar ini juga tidak melepaskan peluang untuk meminjam buku di perpustakaan.Smap Labu.

Rabu, Januari 19

Watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber SMAP Labu 2011

 Majlis Pelantikan Pengawas PSS telah diadakan serentak dengan pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan pada 17 Januari 2011 di Dewan Seri Bestari, SMAP Labu. Puan Hjh. Radziah bt Abd Samad, Pengetua Cemerlang SMAP Labu telah menyerahkan watikah pelantikan kepada 38 pelajar yang telah dipilih sebagai pengawas PSS sekolah. Bacaan ikrar PSS telah diketuai oleh Ahmad Nabil Akhtar b Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Pengawas PSS SMAP sesi 2011. Tahniah ke[pada semua pengawas PSS keran telah dilantik. Adalah diharapkan bahawa semua pengawas PSS akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab.

Selasa, Januari 11

Mesyuarat AJK Induk Pusat Sumber SMAP Labu pertama 2011

            Mesyuarat kali pertama AJK Induk SMAP Labu telah diadakan pada 11 Januari 2011 di Bilik UTP. Seramai 23 orang ahli AJK telah sudi hadir. Diantara agenda yang dibincangkan adlaah mengenai perancangan strategik PSS bagi tahun 2011, anggaran perbelanjaan, aktiviti PSS, penyenggelaraan bilik-bilik PSS dan Program NILAM/GAM 2011. PSS SMAP Labu akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mengekalkan kecemerlangan PSS selari dengan misi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Khamis, Oktober 14

Taklimat Pengawas Pusat Sumber sesi 2010/2011

       Taklimat ringkas kepada Pengawas PSS SMAP Labu telah diadakan pada 12 Oktober 2010 di PSS. Di antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai pelantikan AJK baru, Ahli Exco PSS, Jamuan Akhir Tahun, pakaian seragam PSS, yuran tahunan, aktiviti dan sebagainya. Seramai 22 orang Pengawas PSS telah hadir. Namun, sebilangan pengawas PSS tidak dapat hadir kerana terlibat denga jadual waktu anjal dan kelas petang.

Penutupan Program Galakan Membaca (GAM) 2010

       Penutupan Program GAM akan dilaksanakan pada Hari Kokurikulum sekolah bersamaan 10 November 2010. Para pemenang yang menjadi Johan Pembaca Terbanyak dan Anugerah kreatif setiap bulan akan menerima sijil penghargaan daripada PSS SMAPL. Program ini telah membuka mata warga SMAP Labu untuk berkunjung ke PSS dan meminjam buku-buku di PSS untuk di baca. Besar kemungkinan Program GAM ini akan diteruskan pada tahun depan dengan kepelbagaian aktiviti. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!