Pn Hjh Radziah Abd Samad
GURU PENYELARAS
Pn Wan Norhana Wan Arshad
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
Pn Nortipah Hashim
PENGERUSI
Norrul Kamari Daud
NAIB PENGERUSI
Ahmad Safwan Yusof
SETIAUSAHA
Nur Saadah Zamri
BENDAHARI
Nur Suhada Mohd Yasin
TUGAS
Guru Perpustakaan
- Melantik pengawas perpustakaan
- Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan
- Mengelas dan mengkatalog buku-buku yang diterima
- Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan
- Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang buku-buku yang telah diperoleh oleh pepustakaan kepada para pelajar dan guru
- Memastikan perpustakaan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas
- Menentukan dasar pentadbiran dan penggunaan perpustakaan
- Melatih dan menyelia pengawas perpustakaan untuk pengurusan perpustakaan
- Merancang aktiviti perpustakaan
- Memastikan keperluan perpustakaan mencukupi
- Mendedahkan menu perpustakaan dan penggunaannya untuk panduan para guru
- Membantu merancang anggaran belanjawan tahunan
Pengawas Perpustakaan
- Membantu melaksanakan peminjaman dan pemulangan buku
- Mengatur susun buku
- Mengemas bilik perpustakaan
- Memastikan keselamatan buku
- Melaporkan sebarang kerosakan buku untuk dibaikpulih
- Menceriakan perpustakaan
- Menjadi pembantu kepada guru perpustakaan
- Membantu para pelajar mencari bahan bacaan yang sesuai
- Mengadakan tunjuk ajar cara penggunaan perpustakaan yang betul
- Mengelas dan mengkatalog buku
- Menyediakan satu katalog mutakhir
- Menyediakan dan menyebar maklumat tentang bahan bacaan baharu
MANUAL ;
- Digunakan jika komputer tidak berfugsi atau server ‘down’
- Pinjaman dan pemulangan buku akan dicatat ke dalam buku log
- Nombor kodbar buku, nama pelajar dan no kad matrik akan dicatatkan
- Tarikh pemulangan akan ditulis pada kulit belakang di sebelah dalam buku
- Rekod peminjaman dan pemulangan buku akan dikemskini setelah sistem automasi berfungsi seperti sediakala
AUTOMASI ;
Peminjaman
- Klik pada menu peminjaman
- Imbas kodbar pada kad matrik pelajar
- Imbas kodbar pada kulit hadapan buku
- Tarikh pemulangan akan ditulis pada kulit belakang di sebelah dalam buku
Pemulangan
- Klik pada menu pemulangan
- Imbas kodbar pada kad matrik pelajar
- Imbas kobbar pada kulit hadapan buku
- Semak paparan pada skrin sama ada terdapat denda atau tidak
Perkhidmatan Perpustakaan
Isnin - Khamis ; 800 am - 500 pm
Jumaat ; 800 am - 1215 tgh / 245 pm - 500 pm
Sabtu ; 800 am - 1230 tgh
- Hanya pelajar yang mempunyai kad matrik dan berdaftar sahaja dibenarkan meminjam bahan perpustakaan
- Peminjam dikehendaki menunjukkan kad matrik apabila membuan peminjaman bahan perpustakaan
- Dua buah buku boleh dipinjam oleh pelajar dan tiga buah buku boleh dipinjam oleh guru dan staf sokongan dalam satu masa
- Tempoh peminjaman bagi pelajar adalah 1 minggu manakala bagi guru dan staf sokongan tempoh peminjaman ialah 2 minggu. Jika tarikh pemulangan jatuh pada hari cuti,maka tarikh tersebut akan ditunda ke hari berikutnya
- Koleksi buku bertanda merah [RED SPOT] tidak boleh dipinjam oleh pelajar kecuali guru dan staf sokongan
- Koleksi majalah dan akhbar tidak boleh dipinjam kecuali untuk dibaca di dalam perpustakaan
- Untuk peminjaman bahan selain buku, peminjam boleh berjumpa dengan pengawas perpustakaan
- Guru perpustakaan boleh menggunakan budi bicara untuk mengubahsuai sebarang peraturan kemudahan pinjaman bahan perpustakaan dari semasa ke semasa, mengikut keperluan pengguna
- Sebarang buku atau bahan-bahan perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sehingga telah direkodkan oleh salah seorang guru / pembantu / pengawas perustakaan. Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar
- Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh / masa yang ditetapkan
- Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah dibatalkan sebelum meninggalkan kaunter pinjaman dan pemulangan
- Tempoh pinjaman buku adalah satu minggu. Bagaimanapun perpustakaan boleh menetapkan tempoh pinjaman yang berbeza-beza, menurut apa yang difikirkan sesuai
- Semua peminjam dikehendaki memulangkan semua bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar semua denda sebelum mereka dibenarkan membuat pinjaman yang seterusnya
- Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui pinjamannya kecuali jika telah ditempah oleh pengguna lain
- Pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain
- Buku-buku hendaklah dipulangkan sebaik sahaja peminjam selesai menggunakannya demi menambah bilangan buku-buku yang boleh digunakan oleh pengguna lain
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan
- Adalah menjadi kesalahan besar jika seseorang pengguna tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. Perpustakaan akan menyiarkan notis di papan kenyataan bagi pinjaman yang melewati masa
- Semua peminjam bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Pembantu / Pengawas Perpustakaan sebarang kehilangan buku. Kehilangan buku mesti diganti dengan buku yang sama tajuk atau senilai dengannya
- Pengguna-pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan mengenai bilangan buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab untuk tempoh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan terhadap pengguna yang lewat memulangkan bahan perpustakaan yang dipinjam mengikut kadar
- Denda yang dikenakan kepada semua ahli perpustakaan yang lewat memulangkan buku ialah 50 sen sehari bagi setiap buah buku
- Pelajar yang tidak menjelaskan denda mereka, tidak akan dibenarkan untuk meminjam buku yang seterusnya
- Pinjaman tertakhluk kepada denda yang dikuatkuasakan , begitu juga dengan kehilangan / kerosakan buku
- Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjamkan tertakhluk kepada panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja notis-notis untuk berbuat demikian diterima
- Peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam. Jika sesebuah buku yang dipinjam tidak dapat dikesan atau hilang , laporan segera hendaklah dibuat agar tindakan lanjut dapat diambil
- Peminjam bertanggungjawab menggantikan bahan yang telah hilang atau memperbaiki sebarang kerosakkan buku-buku atau bahan-bahan perpustakaan yang dipinjamkan kepada mereka atau yang digunakan diperpustakaan
- Peminjam boleh membeli sendiri buku yang hilang atau rosak atau menyerahkan urusan pembelian kepada pihak perpustakaan. Buku-buku ganti mestilah daripada edisi yang terbaru
- Mencuri atau merosakkan buku-buku dan bahan-bahan perpustakaan adalah menjadi satu kesalahan besar. Pelajar yang didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan akan dikenakan denda atau hukuman seperti digantung daripada menggunakan kemudahan perpustakaan, dikenakan bayaran denda, diumumkan di semua papan kenyataan sekolah.